Tempahan Iklan (Lihat Size)

Tempahan Iklan (Lihat Size)

Khamis, 10 September 2009

TERKINI: Majlis Sambutan Aidil Fitri PLPDT 24 September Ini

3 ulasan
Makluman terkini berhubung tarikh bagi Majlis Sambutan Aidil Fitri akan diadakan pada hari khamis, 24 September bersamaan 5 Syawal 1430 H. Demikian menurut ketetapan yang diambil oleh Pengarah Majlis Sambutan Aidil Fitri, Ustaz Jailani Mamat. (Gambar)

Sebuah perbincangan melibatkan Presiden PLPDT, Ustaz Shahril Alim merumuskan beberapa faktor yang perlu diambil kira bagi menetapkan tarikh terkini penganjuran majlis tersebut. Beliau antara lain menyentuh mengenai penganjuran program dari pertubuhan luar yang turut menyumbang kepada jumlah penyertaan ahli PLPDT yang tidak kurang penglibatannya.

"Ahli kita (PLPDT) mungkin ada yang terlibat dengan sekreteriat majlis-majlis tertentu, jadi kita mengambil kira faktor ini dan implikasi kepada tarikh yang ingin kita tetapkan bagi Majlis Sambutan Aidil Fitri".



Ustaz Jailani Mamat, turut mengakui sebilangan ahli PLPDT ada yang komited dengan aktiviti pertubuhan lain yang berbentuk keraian dan jamuan seperti majlis hari raya terutama bagi mereka yang belajar di IPT.

"Mereka pulang bercuti dan kebiasaannya tidak melepaskan peluang untuk menyertai program-program yang melibatkan mahasiswa, bagi mengelakkan berlakunya pertembungan ini, maka PLPDT mencari tarikh yang sesuai untuk menganjurkan Majlis Sambutan Aidil Fitri"

Ujar beliau, seterusnya mengambil ketetapan untuk mengadakan Majlis Sambutan Aidil Fitri pada hari khamis, 24 September bersamaan 5 Syawal 1430 H.

Comments

3 comments to "TERKINI: Majlis Sambutan Aidil Fitri PLPDT 24 September Ini"

Zulhimi Abd. Rahman Attakiri berkata...
11 September 2009 pada 5:48 PG

bagus...tak lah kelam kabut sangat

Mohd Khairul Mohd berkata...
12 September 2009 pada 1:12 PG

Mohon ampun & maaf buat semua.. Teruskan perjuangan dalam menuntut keadilan, pulihkan demokrasi & daulatkan Islam.

Tanpa Nama berkata...
12 September 2009 pada 8:35 PG

Assalamu'alaikum... maaf tak dapat bersama,kami masih diperantauan... Doakan kami,Maaf Zahir batin.
M.Khairul Nizam M. Rozali

Catat Ulasan

 

@PLPDT 2009/2010 | Semua Hakcipta Adalah Terpelihara | Dikelolakan Oleh Editorial Blog Dengan Kerjasama Urusetia Penerangan PLPDT