Tempahan Iklan (Lihat Size)

Tempahan Iklan (Lihat Size)

Selasa, 19 Januari 2010

Terkini : RK&HK 19&20 Februari 2010

0 ulasan
PLPDT telah mengadakan mesyuarat pada 19 Januari berhubung penyelarasan program Rehlah Kepimpinan dan Hari Keluarga PLPDT 2010 (RK&HK). Mesyuarat juga telah bersutuju untuk menetapkan semula tarikh tundaan RK&HK pada 19&20 Februari ini sebagai inisiatif terhadap permasalahan yang berlaku pada beberapa tarikh yang telah dibincangkan sebelum ini.

Pendaftaran untuk majlis ini adalah sama sepertimana makluman yang telah disiarkan sebelum ini. Kaunter pendaftaran masih dibuka untuk peserta memberikan maklumat peribadi sebagai memudahkan lagi persiapan menjelang RK&HK.

Sabtu, 16 Januari 2010

Informasi Mengenai Lata Belatan

0 ulasan
Lata Belatan

Lata Belatan terletak di dalam Hutan Simpan Gunung Tebu dalam kawasan Pentadbiran Hutan Terengganu Utara.Ianya merangkumi kawasan seluas 20 hektar dan terletak kira-kira 15 kilometer ke selatan bandar Jerteh atau 103 kilometer dari bandar Kuala Terengganu.

Bagi tujuan keindahan semulajadi, seluruh kawasan dalam kompatmen 49 dan 50 dengan keluasan lebih kurang 403 hektar yang meliputi kawasan hutan lipur ini telah dikekalkan. Hutan lipur telah dimajukan secara berperingkat-peringkat semenjak tahun 1985.

Kawasan Hutan lipur Lata Belatan terdiri dari hutan asli jenis hutan Pamah Diptercorp. Ianya kaya dengan pokok-pokok jenis Diptercarp seperti Meranti dan Keruing yang melebihi 50% daripada komposisi hutan. Jenis-jenis bukan Diptercorp yang terdapat disini ialah Nyatoh, Kelat, Mersawa, Rengas, Kedondong dan lain-lain.

Manakala dikawasan berbukit tinggi menghala ke puncak Gunung Tebu, terdiri daripada jenis Meranti, Balau Laut Merah. Dikawasan lereng-lereng bukit yang curam jenis-jenis yang lazim terdapat disini ialah Meranti Seraya, campuran Meranti Keruing dan juga sedikit jenis konifer seperti Podo dan Damar Minyak.

Pembangunan Hutan Lipur Lata Belatan adalah berdasarkan pengurusan berkekalan dimana pembangunan yang dilaksanakan adalah berharmoni dengan alam sekitar. Konsep pembangunan yang bersesuaian dengan kawasan ini ialah "Forest Camping Holiday".

Bagi mengekalkan keindahan semulajadi dan kejernihan air yang mengalir, 49 dan 50 dengan keluasan 403 hektar telah kekal di bawah pengelasan Hutan Rekreasi.

Di antara aktiviti-aktiviti yang dapat dilakukan disini ialah berehat sambil menikmati suasana keindahan alam semulajadi, berkelah secara bersendirian, bersama keluarga atau berkumpulan, berkhemah dan merentas hutan (jungle tracking).

Bagi mereka yang ingin cabaran dan merasai suasana pengembaraan hutan yang lebih bermakna, bolehlah mendaki ke puncak Gunung Tebu dengan ketinggian 1,097 meter dari aras laut. Pendakian ini mengambil masa lebih kurang 5 jam untuk sampai kepuncaknya. Keadaan cuaca yang sejuk dengan persekitaran tumbuh-tumbuhan gunung yang berbagai jenis serta pemandangan yang menarik menambahkan lagi keunikan kawasan ini.

Kemudahan yang disediakan di sini ialah gerai makan, tandas awam, surau, pondok rehat, jambatan gantung, pondok pengawal dan tapak perkhemahan.

Panduan Ke Besut (Lokasi Daerah Besut )

0 ulasan
TERENGGANU DARUL IMAN merupakan negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia yang kaya dengan khazanah bumi dan laut serta maju membangun dalam pelbagai sektor bidang. Negeri ini terletak di antara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan lintang 4 hingga 5.50 dalam peta dunia. Bersempadan dengan Kelantan di bahagian utara serta barat lautnya dan Pahang di bahagian selatan dan barat dayanya, Terengganu mempunyai keluasan kira-kira 1,295,638.3 hektar atau 1.295, 512.1 hektar dalam pentadbirannya. Terdapat 7 buah daerah dalam pentadbiran negeri ini iaitu Besut, Dungun, Hulu Terengganu, Kemaman, Kuala Terengganu, Marang dan Setiu.

BESUT merupakan sebuah daerah yang terletak di bahagian utara Negeri Terengganu dan bersempadan dengan Negeri Kelantan di bahagian utara dan baratnya. Daerah ini dikelilingi Laut Cina Selatan di sepanjang pantai Timur Lautnya dan ditunjangi Banjaran Titiwangsa di bahagian baratnya. Terdapat 15 mukim dalam pentadbiran Besut iaitu Keluang, Kuala Besut, Bukit Puteri, Pengkalan Nangka, Hulu Besut, Jabi, Kerandang, Pelagat, Lubuk Kawah, Pasir Akar, Tembila, Kampung Raja, Tenang, Kubang Bemban dan Bukit Kenak.



Jumaat, 15 Januari 2010

RK&HK Ditunda ke 11 Februari 2010

0 ulasan
Assalamualaikum wrt. wkth.

Dukacita dimaklumkan bahawa, tarikh bagi Program Rehlah Kepimpinan dan Hari Keluarga PLPDT 2010 terpaksa ditunda pada 11hb Febuari 2010 yang jatuh pada Hari Khamis.

Kami terpaksa menunda pada tarikh tersebut adalah kerana :

1) Menghormati rakan-rakan di KUDQI, UDM yang tidak dapat hadir kerana peperiksaan.
2) Bertembung dengan Majlis Asyura di Kawasan Kuala Nerus.
3) Ramai Ahli yang inginkan tarikh bertenang pada 11hb Febuari 2010.

Selepas perbincangan dengan Presiden, Setiausaha Agong dan Pengurus Chalet & Kem, Kami sepakat untuk menunda pada tarikh 11hb Febuari 2010 atas masalah yang tertera diatas dan dari mengelakkan Objektif Program tidak dapat dicapai.

Kami memohon doa dan sokongan dari semua pihak agar Program Dakwah ini dapat diteruskan dengan jayanya.

Mohon jutaan kemaafan, Wassalamualaikum.




Abdul Rahman Haji Awang Nasaruddin
Pengarah,
Rehlah Kepimpinan dan Hari Keluarga PLPDT 2010


Selasa, 12 Januari 2010

RK&HK 2010 : Pendaftaran Dibuka

0 ulasan
Berita baik buat warga PLPDT dan ahli bersekutu. Pihak PLPDT akan menganjurkan sebuah program Rehlah Kepimpinan dan Hari Keluarga 2010. Pendaftaran kini dibuka untuk semua ahli dan warga bersekutu untuk turut sama memeriahkan agenda yang dirancang bersama. Pendaftaran juga terhad kepada 60 peserta yang akan mengikuti RK&HK 2010.

Peluang keemasan ini hanya terhad kepada 60 penyertaan, setiap peserta akan dikenakan bayaran pendaftaran sebanyak RM30 seorang (asrama + makan + minum). Bagi pasangan suami isteri RM90 (2 orang) melibatkan kos chalet, makan dan minum. Bayaran untuk kanak-kanak pula dikira kos berlainan dan dikenakan bayaran.

Jangan lepaskan peluang untuk merakam sebuah lagi detik kegemilangan dalam hidup anda, penyertaan anda menambahkan lagi koleksi kenangan manis untuk tahun baru 2010. Pastikan anda mendapat manfaat dan buah tangan yang terbaik dari program ini.

Isnin, 11 Januari 2010

Mohon bantuan semua blogger

0 ulasan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam sejahtera.

Bersyukurlah kita kepada Allah S.W.T, pemberi kemudahan yang tidak kita jangka.
Selawat dan Salam buat junjungan mulia, kekasih Allah Nabi Muhammad S.A.W, Ahli keluarganya, para sahabat dan para pejuang agamanya sekelian.

Dalam kenyataan ringkas ini, saya ingin memaklumkan kepada semua blogger dan penggunjung-pengunjung yang budiman bahawa kami dari Persatuan Lepasan Pelajar Darul Taqwa (PLPDT) ingin mengadakan Program Rehlah Kepimpinan dan Hari Keluarga PLPDT (RK&HK 2010) bagi Tahun 2010 pada 22hb dan 23hb Januari ini yang terbuka pada Ahli dan Pasangan ahli (Ahli bersekutu).

Pihak Pengusaha chalet dan tapak kem memohon pihak kami menyatakan jumlah peserta yang ingin mengikuti program ini selewat-lewatnya 16hb januari yang jatuh pada hari Sabtu ini. ini kerana pihak pengurusan chalet ingin mengira kos makanan dan tempat yang sesuai dengan jumlah peserta. Oleh kerana itu, diruang yang cukup singkat ini, saya memohon jasa baik semua blogger dan pengunjung blog PLPDT ini dapat memaklumkan pada semua Lepasan Madrasah Darul Taqwa yang berada diluar sana.

Segala pertolongan dan usaha pihak tuan semua, Kami mendoakan semoga Allah S.W.T membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran. Doakan segala kesulitan yang kami hadapi agar dipermudahkan oleh Maha Pemudah.

Terima kasih, Jazakallah.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.



Mohd Shahril Mohd Alim
Presiden PLPDT 2009/2010

Rehlah Kepimpinan Dan Hari Keluarga PLPDT 2010

0 ulasan





Sabtu, 9 Januari 2010

Takwim PLPDT 2010

0 ulasan
Senarai Program PLPDT untuk Ahli sepanjang Tahun 2010

- Rehlah Kepimpinan - Januari
(Biro Kepimpinan dan Organisasi)

- Program Ziarah Guru-Guru Madrasah Darul Taqwa - Febuari
(Biro Kemasyarakatan)

- Futsal Piala Mudir kali ke 2 - Mac
(Biro Sukan)

- Majlis Makan Malam bersama Pimpinan - April
( Biro Kewangan dan Keusahawanan)

- Majlis Berbuka Puasa bersama Asatizah MDT - September
( Biro Kewangan dan Keusahawanan)

- Indoor Game Muslimat PLPDT - Julai
(Dewan Muslimat)

- Kem Motivasi Pelajar Tahun 5 MDT - Oktober
(Biro Pendidikan)

- Musyuarat Agong PLPDT kali ke 5 - November
(PLPDT)

tertakluk kepada perubahan semasa
**


Presiden
 

@PLPDT 2009/2010 | Semua Hakcipta Adalah Terpelihara | Dikelolakan Oleh Editorial Blog Dengan Kerjasama Urusetia Penerangan PLPDT