Tempahan Iklan (Lihat Size)

Tempahan Iklan (Lihat Size)

Rabu, 30 Disember 2009

Jemputan Menghadiri Mesyuarat PLPDT

0 ulasan


Assalamualaikum w..b.t

Saya memanggil Dewan harian, Biro-biro dan jawatan kuasa PLPDT agar dapat hadirkan diri ke Mesyuarat kali ke 2 Jawatankuasa PLPDT.

butirannya seperti berikut :

Hari : Jumaat
Tarikh : 1 Januari 2010
Jam : 9 pagi
Tempat : Madrasah Darul Taqwa


Kehadiran adalah wajib, Mohon tidak menguzurkan diri.


Wassalamualaikum wrt. wth.


Presiden
2009/2010


Jumaat, 11 Disember 2009

PLPDT Meriahkan Sambutan Jubli Emas Kuala Nerus

0 ulasan
Kuala Terengganu, 14 Nov: PLPDT telah mengambil peluang untuk memperkenalkan aktiviti-aktiviti yang pernah dianjurkannya kepada masyarakat Kuala Nerus khususnya melalui pameran yang diadakan baru-baru ini.

Sambutan Jubli Emas Kawasan Kuala Nerus yang diadakan oleh sebuah badan pertubuhan politik di sini mendapat sambutan menggalakan daripada masyarakat. Majlis yang diadakan di perkarangan Madrasah Darul Taqwa ini telah dirasmikan oleh Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Pameran ini telah dilawati oleh Dato’ Seri dan beberapa kepimpinan yang lain.

“Alhamdulillah, pameran PLPDT mendapat sambutan yang menggalakan”. Ujar pengerusi Biro Penerangan, saudara Ridhuan Abdul Karim selaku Ketua Penyelia kepada pameran tersebut.

Pameran yang diadakan bersama Madrasah Darul Taqwa itu memuatkan beberapa maklumat PLPDT, antaranya sejarah penubuhan, matlamat, strukutur ogranisasi dan foto aktiviti dan lepasan PLPDTserta tayangan video program PLPDT.

PLPDT tidak lupa melepaskan peluang pada kali untuk mengumpul tandatangan ahli PLPDT untuk menyokong penubuhan koperasi yang akan menjana ekonomi PLPDT dengan lebih mantap.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK yang telibat dalam menjayakan pameran ini dan orang ramai yang memberi sokongan kepada PLPDT .” - Presiden PLPDT saudara Mohd Sharil Alim.

Selasa, 24 November 2009

AHLI MAJLIS TERTINGGI

0 ulasan
PERSATUAN LEPASAN PELAJAR DARUL TAQWA
(PLPDT 2010)


PENAUNG
USTAZ MOHAMMAD YAAKUB

PENASIHAT
USTAZ HAZHAR REJAB

AHLI LEMBAGA SYURA'

PENGERUSI
MOHD KHAIRI YUNUS
(DISIPLIN)

TIMBALAN PENGERUSI
WAN MOHD NASIRUDDIN WAN AHMAD
(KEAHLIAN)

AHLI JAWATANKUASA

AHMAD TERMIZI SALLEH
(PEMBANGUNAN)

MOHD SHUKRI OTHMAN
(SURUHANJAYA PILIHANRAYA)

MOHD KHAIRUL MOHD
(KETUA EDITOR plpdt.blogspot.com)




DEWAN HARIAN PLPDT

0 ulasan
PRESIDEN
MOHD SHAHRIL MOHD ALIM

TIMBALAN PRESIDEN 1
ABDUL RAHMAN AWANG

TIMBALAN PRESIDEN 2
ASMA' MUHAMMAD

SETIAUSAHA AGUNG
MOHD JAILANI MAMAT

TIMBALAN SETIAUSAHA 1
MOHD ROHISYAM RAMLI


TIMBALAN SETIASAHA 2
SITI SUJAIHAH ISA

BENDAHARI AGUNG
IBRAHIM HARUN

TIMBALAN BENDAHARI AGUNG
KHAIRUNNAJAH MOHD



Ahad, 15 November 2009

EXCO-EXCO PLPDT

0 ulasan

MOHD SHAHRIL B. MOHD ALIM

NIK NOR ASIAH BT. JAMALUDDIN

ASMA' BT. MOHAMMAD

KHAIRUNNAJAH BT. MOHAMMAD

NIK NUR ASIAH BT. JAMALUDDIN

AL-ROZI B. SUKIMAN

MOHD RIDUAN B. ABDUL KARIM

MAHYUDDIN B. YUSUF

ABDUL HADI B. DANGANG

NUR HIDAYAH BT. HUSAIN

AHMAD BAIHAQI B. ARIFFIN

ZULHIMI B. ABDUL RAHMAN ATTAKIRI

SAKINAH BT. ABDUL AZIZ

Struktur Organisasi Biro -Biro PLPDT

0 ulasan
BIRO KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

Pengerusi
MOHD SHAHRIL B. MOHD ALIM

Timbalan Pengerusi 1
MOHD JAILANI B. MAMAT

Timbalan Pengerusi 2
NIK NOR ASIAH BT. JAMALUDDIN

Setiausaha
ABDUL RAHMAN B. AWANG

Bendahari
IBRAHIM B. HARUN

AJK

ZULHIMI B. ABDUL RAHMAN ATTAKIRI
LUTFI AMINUDDIN B. ISMAIL
ADNAN B. SEMAN
MAISARAH BT. ABDUL KARIM
SAKINAH BT. ABDUL AZIZ


DEWAN MUSLIMAT

Pengerusi
ASMA' BT. MOHAMMAD

Timbalan Pengerusi 1
KHAIRUNNAJAH BT. MOHAMMAD

Timbalan Pengerusi 2
NIK NUR ASIAH BT. JAMALUDDIN

Setiausaha
(Kuasa Pengerusi Biro)

Bendahari
(Kuasa Pengerusi Biro)

AJK

(Kuasa Pengerusi Biro)


BIRO KEMASYARAKATAN

Pengerusi
AL-ROZI B. SUKIMAN

Timbalan Pengerusi 1
MOHD SYAFIK B. ISMAIL

Timbalan Pengerusi 2
(wakil dari Dewan Muslimat)

Setiausaha
(Kuasa Pengerusi Biro)

Bendahari
(Kuasa Pengerusi Biro)

AJK

(Kuasa Pengerusi Biro dan Wakil dari Dewan Muslimat)


BIRO PENERANGAN, MULTIMEDIA DAN INOVASI

Pengerusi
MOHD RIDUAN B. ABDUL KARIM

Timbalan Pengerusi 1
WAN MOHD MAHYUDDIN B. WAN YUSUF

Timbalan Pengerusi 2
(wakil dari Dewan Muslimat)

Setiausaha
(Kuasa Pengerusi Biro)

Bendahari
(Kuasa Pengerusi Biro)

AJK

(Kuasa Pengerusi Biro dan Wakil dari Dewan Muslimat)

BIRO PENDIDIKAN DAN HAL EHWAL AGAMA

Pengerusi
MAHYUDDIN B. YUSUF

Timbalan Pengerusi 1
ABDUL 'ALIM B. ZAKARIA

Timbalan Pengerusi 2
(wakil dari Dewan Muslimat)

Setiausaha
(Kuasa Pengerusi Biro)

Bendahari
(Kuasa Pengerusi Biro)

AJK

(Kuasa Pengerusi Biro dan Wakil dari Dewan Muslimat)


BIRO KEWANGAN DAN KEUSAHAWANAN

Pengerusi
ABDUL HADI B. DANGANG

Timbalan Pengerusi 1
(Kuasa Pengerusi Biro)

Timbalan Pengerusi 2
NUR HIDAYAH BT. HUSAIN

Setiausaha
MUKHTAR B. ARIFFIN

Bendahari
(Kuasa Pengerusi Biro)

AJK

(Kuasa Pengerusi Biro dan Wakil dari Dewan Muslimat)


BIRO SUKAN, KEBUDAYAAN DAN KESENIAN

Pengerusi
AHMAD BAIHAQI B. ARIFFIN

Timbalan Pengerusi 1
MOHD AMIRUDDIN B. YUSUF

Timbalan Pengerusi 2
(Wakil dari Dewan Muslimat)

Setiausaha
(Kuasa Pengerusi Biro)

Bendahari
(Kuasa Pengerusi Biro)

AJK

(Kuasa Pengerusi Biro dan Wakil dari Dewan Muslimat)


BIRO IPT DAN HUBUNGAN LUAR

Pengerusi
ZULHIMI B. ABDUL RAHMAN ATTAKIRI

Timbalan Pengerusi 1
NASIH ULWAN B. ZAKARIA

Timbalan Pengerusi 2
SAKINAH BT. ABDUL AZIZ

Setiausaha
(Kuasa Pengerusi Biro)

Bendahari
(Kuasa Pengerusi Biro)

AJK

(Kuasa Pengerusi Biro dan Wakil dari Dewan Muslimat)

Ahad, 8 November 2009

Mesyuarat Pertama Jawatankuasa PLPDT 2010

2 ulasan
Assalamualaikum w..b.t

Saya memanggil Dewan harian, Biro-biro dan jawatan kuasa PLPDT agar dapat hadirkan diri ke Mesyuarat Pertama Jawatankuasa PLPDT 2010 seperti berikut :

Hari : Jumaat
Tarikh : 13hb November 2009
Jam : 3 petang
Tempat : Madrasah Darul Taqwa


Kehadiran adalah wajib, Mohon tidak menguzurkan diri.

Waalaikumussalam w.b.t


Presiden
2009/2010



Rabu, 28 Oktober 2009

Selamat Pengantin Baru

0 ulasan
PLPDT mengucapkan 'Selamat pengantin baru' kepada ahli PLPDT yang telah melangsungkan perkahwinan pada 15 Oktober baru-baru ini.

Lepasan pelajar Darul Taqwa Saudara Shafizi Ismail yang juga bekas YDP KPT bersama pasangannya Umi Masmira Mat Ali turut meraikan detik kebahagiaan mereka pada majlis kenduri perkahwinan mereka pada21 Oktober bertempat di Kompleks Penuntut-Penuntut Terengganu (KPT) di Hayyul Asyir, Kaherah.



Majlis yang dihadiri dari kalangan pelajar Mesir ini mendapat sambutan yang menggalakan dengan persembahan silat, nasyid dan sebagainya.

Turut hadir ke majlis ini Prof. Dr. Jamil Hasyim Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia kaherah (JPMK).

Selasa, 13 Oktober 2009

Sambutan Aidilfitri PLPDT Meriah

0 ulasan
PLPDT telah menganjurkan Majlis Sambutan Aidilfitri pada 25 September di perkarangan Madrasah Darul Taqwa, Batu Enam.

Aktiviti tahunan ini mendapat sambutan yang agak baik dari kalangan ahli. Majlis ini turut mengundang ADUN Bukit Tunggal Dr. Alias Razak.

Turut hadir Penasihat PLPDT Ustaz Azhar Rejab dan guru Darul Taqwa. Majlis bermula pada jam 10 pagi diisi dengan juadah sate, nasi dan lain-lain.

Majlis ini juga turut diisi dengan ucapan Dr. Alias Razak yang banyak memberi penekanan dalam aspek pembangunan rohani dan pemilihan jentera kerja bagi menggerakkan dakwah Islam di segenap lapisan masyarakat.

Pengarah majlis, Ustaz Jailani Mamat tidak putus-putus menghulurkan senyuman sambil mengucapkan terima kasih di atas penyertaan ahli PLPDT ke majlis sambutan perayaan kali ini.



Majlis berakhir pada jam 1.00 petang dengan penyertaan sekitar 150 orang peserta yang terdiri dari ahli PLPDT.

Sabtu, 10 Oktober 2009

Guru Darul Taqwa Kemalangan

2 ulasan
Tragedi kemalangan jalan raya mendapat perhatian ramai,lebih memeranjatkan lagi jumlah kemalangan pada tahun ini lebih meningkat berbanding tahun lepas.

Selapas memaparkan berita kemalangan salah seorang ahli Majlis Syura PLPDT, ahli PLPDT tentunya bersimpati dengan tragedi kelangan yang menimpa salah seorang tenaga pengajar Madrasah Darul Taqwa.

Timbalan Mudir Madrasah Darul Taqwa Ustaz Tayyib telah mengalami kemalangan di Pekan Batu Enam selepas terbabas di depan kedai runcit berhampiran lorong masuk Masjid Batu Enam kerana gagal mengawal keretanya lalu melanggar tiang yang berada di tepi jalan.

Ramai di kalangan guru dan ahli jamaah datang menziarahi Ustaz Tayyib selepas mendapat makluman mengenai kemalangan yang menimpa seorang pendidik yang telah mengajar lebih 10 tahun di Darul Taqwa.



PLPDT mendoakan Ustaz Tayyib segera sembuh dan dapat meneruskan perjuangan dalam mendidik anak-anak Darul Taqwa menjadi insan berguna dan memartabtkan Islam. (Gambar sekadar hiasan)

Ahli Majlis Syura PLPDT Kemalangan

0 ulasan
Ahli Majlis Syura PLPDT yang juga merupakan Timbalan Ketua badan tersebut, Ustaz Wan Mohd Nasiruddin cedera selepas terlibat dalam satu kemalangan di kilometer 31 Gambang, Muadzam 5 hari yang lepas.

Dalam Kemalangan kira-kira jam 1.50 pagi itu, Nasruddin bersama seorang rakannya Adnan Alias (AJK Pemuda) sedang dalam perjalanan menuju ke Batu Pahat, Johor dalam urusan bisnes.

Sebaik saja tiba di lokasi kejadian, kenderaan yang dipandunya terbabas jatuh dari kaki lima jalan selepas cuba mengelak dari sebuah lori yang datang dari arah bertentangan yang tiba-tiba masuk kearah jalannya. Kenderaan yang dipandunya tiba-tiba melayang selapas beliau cuba untuk memperbetulkan kembali arah perjalanan kenderaan lalu merempuh sebuah lori yang berhenti ditepi jalan. Kenderaan turut mengalami sedikit kebakaran di hadapan.



"Alhamdulillah, saya dalam keadaan stabil. Saya masih ingat satu persatu dalam kejadian hari itu. Perkara yang paling saya ingati, kereta tiba-tiba terbang lalu merempuh sebuah lori yang parking di sebelah jalan sana, apabila kereta berhenti dari berpusing, naik api dengan marak. Alhamdulillah saya dan rakan dapat keluar dengan cepat". Ujar Nasruddin yang lebih dikenali dengan panggilan 'Adik Ru'

Nasruddin yang dibawa ke klinik Kesihatan Gambang turut mengalami kecederaan ringan di bahagian badan. Manakala rakannya turut mengalami sedikit kecederaan.

Nasruddin yang memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda Cawangan Batu Enam turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu beliau dan rakan semasa kejadian kemalangan itu berlaku,

"Saya sangat-sangat bersyukur kepada Allah. Terima kasih kepada mana-mana individu yang membantu saya"

Ahad, 27 September 2009

Perutusan Aidilfitri - PRESIDEN

0 ulasan
Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar..

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullah dan selamat sejahtera.


Bersyukur kehadhrat Allah S.W.A, Tuhan yang Maha Pengampun dan yang Maha Pemberi Rahmat.

Selawat dan Salam buat Junjungan Mulia Rasulullah S.A.W, Ahli Keluarganya, Para Sahabat dan Pejuang-pejuang dijalan Allah semua.

Tanpa saya sedari, sudah setahun saya memandu PLPDT bagi sesi 2009/2010. Banyak kelemahan dan kekurangan yang saya akui wujud sepanjang pemerintahan saya. Jika sebelum ini saya hanya sibuk dengan jawatankuasa Biro sahaja tetapi berubah bilamana semua AJK Muslimin dan Muslimat dan Lepasan Darul Taqwa dibawah Amanah saya. Terasa saya bukanlah orang yang layak berada ditempat ini.

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah sekelian,

Keunikan PLPDT ini ialah setiap kali berakhirnya Ramadhan, Bermulalah sesi kepimpinan baru dan FASA baru dalam Pentadbiran PLPDT. Kebiasaannya kekuatan Kepimpinan yang akan dipersoalkan dan diperkatan selalu. Akan tetapi bagi saya, tidak susah untuk mentarbiyyah rakan-rakan didalam Jawatankuasa ini kerana dibulan Ramadhan ini sudah sedia maklum jadual masing-masing penuh dengan majlis-majlis ilmu dan ibadah. Secara tidak langsung telah membentuk karisma dalam diri Jawatankuasa PLPDT selepas menikmati ganjaran yang ditawarkan oleh Allah S.W.A.

Untuk pengetahuan Hadirin sekelian, saya merombak sedikit Jawatankuasa dan memperkemaskan Barisan Syura bagi persediaan jika terjadi apa-apa pada persatuan pada masa akan datang dan saya dengan Jawatankuasa yang lain telah berbincang dan sepakat untuk menubuhkan KOPERASI LEPASAN DARUL TAQWA selepas mengambil kira kekuatan Organisasi yang kita ada sekarang ini. Harapan saya ialah semua Lepasan Darul Taqwa disemua peringkat dan generasi mengambil peluang ini sebagai sumbangan dan bantuan kita pada Madrasah bagi mengukuhkan kewangan kita dimasa akan datang.

Akhirnya kami memohon kemaafan jika sepanjang PLPDT ditadbir Jawatankuasa yang diketuai oleh saya ini banyak kelematan dan kekuarangan. Tiadalah harapan tertinggi kami kecuali ingin melihat Madrasah kita ini yang menjadi simbul KILANG melahirkan PEJUANG islam untuk Rakyat Terengganu dan Malaysia ini terus kekal berdiri dan beroperasi.

Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar Walillahil hamdd...

Wassalamualaikum w.b.t

Kullu amm wa anntum bikhir.



Mohd Shahril Mohd Alim
Presiden PLPDT
2009/2010

Selamat Pengantin Baru Ketua Editor

0 ulasan
PLPDT mengucapkan selamat melangsungkan perkahwinan dan selamat pengantin baru buat Ketua Editor Blog PLPDT saudara Mohd Khairul Mohd dan Nurul Huda Zakaria. Semoga ikatan yang tersimpul ini membawa keberkatan dan kerahmatan sepanjang menjalani kehidupan berumah tangga.

Majlis akad pernikahan telah diadakan pada 1 Syawal 1430 di rumah pengantin perempuan pada sebelah malam. Kehadiran sanak-saudara menceriakan majlis ini dan menambahkan lagi keharmonian dan jalinan kekeluargaan.



Majlis kenduri telah diadakan pada 23 September di rumah pengantin perempuan (Kota Bharu, Kelantan), sementara majlis kenduri di rumah pengantin lelaki pula diadakan pada 25 September di Manir, Kuala Terengganu.

Semoga mendapat redha Ilahi dan dipayaungi rahmat Allah.

Isnin, 14 September 2009

Jumlah Penyertaan Meningkat - Ibrahim

0 ulasan
Pengarah Majlis Berbuka Puasa Sambil Menderma, Ustaz Ibrahim Harun menjelaskan berlaku penigkatan jumlah penyertaan di kalangan akhawat.

"Alhamdulillah, majlis ini berjalan dengan lancar dan kita menyediakan makanan tambahan untuk peserta memandangkan berlaku peningkatan pada penyertaan majlis ini. Kita menganggarkan penyertaan akhawat tidak ramai memandangkan di kalangan ikhwah pun tidak semua yang dapat hadir kerana bekerja, namun kehadiran akhawat dilihat berlaku peningkatan dan ini suatu keadaan yang baik untuk akitivit-aktiviti akan datang"



Kehadiran pada majlis tersebut mencecah kepada 50 orang peserta sebagaimana yang diharapkan penganjur.

"Kita merasa bersyukur dengan kehadiran sahabat-sahabat dan guru, penyertaan ini membuktikan komitmen ahli masih berterusan dan diharapkan adanya kerjasama yang lebih erat dalam setiap aktiviti"

Majlis berakhir sekitar 7.40 malam dengan ucapan selamat tinggal dan bersalaman antara lepasan pelajar Darul Taqwa dan guru-guru.

Tingkatkan Aktiviti PLPDT - Ustaz Azhar

0 ulasan
Tetamu undangan Majlis Berbuka Puasa Sambil Menderma, Ustaz Azhar Rejab mengingatkan kepada PLPDT agar meningkatkan lagi aktiviti untuk ahli.

"Aktiviti PLPDT perlu diperbanyakkan lagi agar ahli dapat mengetahui perjalanan PLPDT dan dapat mengambil manfaat dari setiap program yang dianjurkan"

Beliau juga turut bersetuju jika aktiviti yang dilaksanakan tidak semuanya berskala besar, kerana aktiviti berskala besar sudah ada dalam pelan tindakan PLPDT.

"Ya, sudah memadai jika aktiviti kecil dapat diadakan seperti menziarah ahli. Asalkan ada aktiiviti untuk ahli dan berterusan"

Ustaz Azhar juga sempat menceritakan kenangan berbuka puasa di Kemaman bersama pelajar-pelajar Darul Taqwa yang baru selesai menduduki peperiksaan UPSR pada minggu yang lalu.



Majlis Berbuka Puasa PLPDT Meriah

0 ulasan
Restoran as-Syakirin sekali lagi menjadi lokasi pilihan PLPDT untuk Majlis Berbuka Puasa Sambil Menderma yang telah diadakan pada 14 September. Jarak berhampiran UDM KUSZA menjadikan lokasi restoran ini mudah untuk dihadiri peelanggan dan peserta bagi sesebuah majlis yang diadakan.

Seawal jam 6.30 petang kelihatan tetamu mula mengambil tempat untuk menikmati juadah berbuka puasa yang disediakan. Kehadiran tetamu jemputan, Ustaz Azhar Rejab dan beberapa orang guru Darul Taqwa disambut mesra oleh exco PLPDT dan lepasan pelajar Darul Taqwa.

Turut hadir di dalam majlis ini Ustaz Khairi Yunus Mantan Presiden PLPDT, beliau diberi penghormatan untuk bersama Penasihat PLPDT sepanjang majlis ini berlangsung.



Suasana meriah dapat dirasai bilamana guru-guru Darul Taqwa berceloteh dan menghiburkan tetamu yang terdiri daripada lepasan pelajar. Seorang peserta majlis saudara Abdul Muin melahirkan rasa gembira kerana dapat bersama teman-teman lepasan pelajar dari sekolah Darul Taqwa.

"Majlis ini sangat menarik kerana dihadiri oleh lepasan pelajar, kebiasaannya majlis berbuka puasa akan diadakan untuk orang awam yang dianjurkan oleh jawatankuasa masjid umpamanya. Namun, dengan pengajuran ini diharapkan ukhuwah di kalangan lepasan pelajar Darul Taqwa akan berterusan"

Selain daripada Ustaz Ahar Rejab, guru-guru Darul Taqwa yang hadir ialah Ustaz Omar P. Konyalam, Ustaz Rohisyam dan Ustaz Nasir.

Rata-rata peserta yang hadir memberikan komitmen yang baik dan mengharapkan majlis seumpama ini juga diharap dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang.

Khamis, 10 September 2009

TERKINI: Majlis Sambutan Aidil Fitri PLPDT 24 September Ini

3 ulasan
Makluman terkini berhubung tarikh bagi Majlis Sambutan Aidil Fitri akan diadakan pada hari khamis, 24 September bersamaan 5 Syawal 1430 H. Demikian menurut ketetapan yang diambil oleh Pengarah Majlis Sambutan Aidil Fitri, Ustaz Jailani Mamat. (Gambar)

Sebuah perbincangan melibatkan Presiden PLPDT, Ustaz Shahril Alim merumuskan beberapa faktor yang perlu diambil kira bagi menetapkan tarikh terkini penganjuran majlis tersebut. Beliau antara lain menyentuh mengenai penganjuran program dari pertubuhan luar yang turut menyumbang kepada jumlah penyertaan ahli PLPDT yang tidak kurang penglibatannya.

"Ahli kita (PLPDT) mungkin ada yang terlibat dengan sekreteriat majlis-majlis tertentu, jadi kita mengambil kira faktor ini dan implikasi kepada tarikh yang ingin kita tetapkan bagi Majlis Sambutan Aidil Fitri".



Ustaz Jailani Mamat, turut mengakui sebilangan ahli PLPDT ada yang komited dengan aktiviti pertubuhan lain yang berbentuk keraian dan jamuan seperti majlis hari raya terutama bagi mereka yang belajar di IPT.

"Mereka pulang bercuti dan kebiasaannya tidak melepaskan peluang untuk menyertai program-program yang melibatkan mahasiswa, bagi mengelakkan berlakunya pertembungan ini, maka PLPDT mencari tarikh yang sesuai untuk menganjurkan Majlis Sambutan Aidil Fitri"

Ujar beliau, seterusnya mengambil ketetapan untuk mengadakan Majlis Sambutan Aidil Fitri pada hari khamis, 24 September bersamaan 5 Syawal 1430 H.

Sabtu, 5 September 2009

Aktiviti Muslimat Selepas Aidil Fitri

0 ulasan
Ramai pihak bertanya berkenaan aktiviti muslimat PLPDT yang agak kurang sebelum ini. Ini memandangkan keahlian PLPDT majoriti daripadanya adalah di kalangan muslimat.

Timbalan Bendahari PLPDT Ustazah Khairunnajjah Mohammad, memberi penjelasan,

"Program untuk muslimat PLPDT akan diadakan selepas Aidil Fitri dan perbincangan akan diadakan bagi mengatasi sebarang permasalahan"

Ustazah Khairunnajjah adalah sala seorang wakil muslimat yang hadir ke mesyuarat PLPDT bagi membincangkan persediaan menjelang majlis sambutan Aidil Fitri anjuran PLPDT pada 3 Syawal ini.



Tingkatkan Ekonomi PLPDT - Ibrahim

0 ulasan
Bendahari PLPDT Ustaz Ibrahim Harun, menjelaskan PLPDT perlu menggadakan ekonomi dengan mengdakan majlis yang dapat menyalurkan sumbangan ke dana PLPDT.

"Majlis berbuka puasa adalah salah satu strategi untuk kita (PLPDT) mencari dana agar kewangan persatuan tidak terbatas dengan hanya sumbangan berbentuk derma sahaja", ujar beliau ketika ditemui di Masjid at-Taqwa, batu enam.



Majlis Berbuka Puasa PLPDT

0 ulasan
Menjelang sambutan majlis jamuan Aidil Fitri yang akan diadakan pada 3 Syawal ini, PLPDT melalui saranan Bendahari Agung akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa pada 14 September ini bertempat di Restoren as-Syakirin, Pak Tuyu (berdekatan UDM KUSZA).

Majlis akan bermula pada jam 6.30 petang dengan bayaran RM15 setiap orang. Ahli PLPDT terutamanya pasangan suami-isteri dialu-alukan untuk turut sama menyertai majlis ini.

Ahli biasa juga boleh berbuat demikian dengan menghubungi Ustaz Shahril Alim - 019 9086002 dan Ustaz Jalani Mamat - 019 9960923.



Mesyuarat Panitia Sambutan Aidil Fitri

0 ulasan
Jawatankuasa Pelaksana Majlis Sambutan Aidil Fitri, telah mengadakan mesyuarat pertama pada 4 September bertempat di masjid at-Taqwa, Batu Enam. Mesyuarat yang bermula pada jam 9.30 ini dihadiri 13 orang wakil dari setiap biro.

Terdahulu, Presiden PLPDT memberikan sedikit taklimat ringkas berhubung peranan bidang kuasa Syura PLPDT dan pertukaran portfolio bagi melancarkan lagi perjalanan PLPDT.

Ustaz Jalani Mamat selaku Pengarah Majlis Sambutan Aidil Fitri, memulakan mesyuarat dengan membentangkan kertas kerja Majlis smbutan Aidil Fitri melalui tayangan LCD.



Mesyuarat sebulat suara mengambil ketetapan tarikh 3 Syawal (22 September) sebagai hari untuk mengadakan Majlis sambutn Hari Raya.

Dalam pada itu, mesyuarat juga bersetuju untuk mengenakan bayaran pendaftaran sebanyak RM5 (pekerja) dan RM3 (pelajar).

Demikian sedikit butiran yang dapat diambil dari mesyuarat tersebut.

Sabtu, 29 Ogos 2009

Perutusan Ramadhan - PRESIDEN

0 ulasan
Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullah dan selamat sejahtera.

Bersyukur kehadhrat Allah S.W.A, Tuhan yang Maha Berilmu dan yang Maha Pengampun. Selawat dan Salam buat Junjungan Mulia Rasulullah S.A.W, Ahli Keluarganya, Para Sahabat dan Pejuang-pejuang dijalan Allah semua.

Kesempatan yg ada ini, kita berjumpa lagi dibulan ramadhan, bulan yg penuh dengan rahmat dan keberkatan. Maka marilah kita mensyukurinya dengan mentaati segala perintah Allah, memelihara puasa dan menghidupkan malamnya dengan pelbagai ibadah. Ramadhan bukan sahaja bulan puasa, tetapi ia juga bulan ibadah, bulan al-Quran, bulan silaturrahim sesame kita, bulan perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan, bulan memisahkan antara hak dan bathil.

Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka Allah akan mengampuni segala dosanya yang terdahulu”. - Riwayat Bukhari.



Pada Ramadhan kali ini, kita seharusnya memelihara ibadah puasa kita, bukan sekadar menjaga makan, minum dan perkara membatal pada lahiriyah sahaja, sebaliknya mari kita pelihara pakaian agar tidak mendedahkan aurat, kita pelihara mata agar tidak melihat perkara yang diharamkan, memelihara telinga dari mendengar perkara yang tidak mendatangkan manfaat, memelihara makanan, minuman sewaktu berbuka dan bersahur agar tidak dari tangan-tangan yang fasiq, dan tidak melakukan pembaziran. Awasilah apa yang akan disuap ke mulut, kerana ia akan menjadi darah daging, peliharakan ia agar hati tidak menjadi keras dan akhirnya menghilangkan kelazatan ibadah.

Kesempatan yang ada ini, sukalah saya menyatakan yang Persatuan PLPDT bukan lah sekadar menghimpunkan ahli semata-mata, akan tetapi ia juga menjaga syakhsyiah Ahli dari segi Akhlah, Aurat, Pendidikan Agama dan Akademik. Ini kerana pentadbiyahan daripada Madrasah bukan saja selesai selepas darjah 5 akan tetapi berkekalan hingga akhirnya yang dipertanggungjawabkan oleh Persatuan.

Kerana itulah penting bagi kita, berjumpa (dengan program-program yang dijalankan) dan membanci ahli-ahli diserata tempat bagi melaksanakan tugas yang telah diamanahkan ini sebaik mungkin.

Maka di kesempatan ini saya menyeru kepada ahli-ahli sekelian, agar memberikan sokongan dan kerjasama dengan menghadiri Program-program yang diadakan oleh Persatuan dan membantu dari segi kewangan agar dapat kita melaksakan Program dengan lebih lancar lagi dan kita sama-sama menjaga diri dari melakukan dosa dan maksiat kepada Allah.

Sekian, Wassamualaikum warahmatullah


Selamat Melaksanakan Ibadah Ramadhan dan memburu Lailatul qadar.


Mohd Shahril Mohd Alim
Presiden PLPDT
2009-2010

Jumaat, 28 Ogos 2009

Selamat Menghayati Ramadhan - PLPDT

0 ulasan
PLPDT mengucapkan selamat menghayati Ramadhan al-Mubarak kepada semua ahli dan umat Islam seluruh dunia. Keahlian PLPDT secara tidak rasmi pastinya melebihi rubuan pelajar yang kini sedang menduduki institusi pengajian tinggi di dalam atau di luar negara.

Jumlah keahlian yang ramai meliputi ahli yang telah menamatkan pengajian, mempunyai pekerjaan dan terlibat dengan mana-mana gerakan dakwah tanah air pastinya memberikan markah yang cukup tinggi seandainya penyertaan ini dapat dikutip kesemuanya menjadi sebuah jentera amal dalam meningkatkan kesedaran dan membentuk masyarakat harmoni 'mesra islami'.



Sepanjang Ramadhan berlangsung pastinya peluang dan ganjaran yang disediakan Allah amat besar nilanya buat insan yang bernafas dalam jiwa hamba. Justeru, PLPDT mengajak semua ahli untuk sama-sama menghayati Ramadhan ini dengan meningkatkan kualiti amal ke tahap paling tinggi sebagai tanda syukur di atas segala pemberian nikmat yang diberi Allah sepanjang kehidupan.

Amal ibadah yang berterusan di samping kebajikan yang dihulurkan melazatkan lagi kemanisan iman sebagai hamba-Nya yang cintakan Islam sebagai agama wahyu. Gandaan amalan ini adalah benteng diri dari melakukan keburukan dan jelmaan kebaikan mampu menjana modal insan bertaqwa.

Selamat mengerjakan ibadah, teruskan mengikuti sebarang perkembangan PLPDT melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh badan induk PLPDT mahupun Biro-biro di bawah PLPDT.

Tingkatkan amal dalam memburu 'Lailatul Qadr'. Selamat beramal.

Kenangan 22 Pasukan Futsal

0 ulasan
Kejohanan Futsal Piala Mudir 2009 meninggalkan kenangan manis buat semua pasukan yang menyertai perlawanan ini. Berikut adalah senarai nama pasukan yang menyertai perlawanan Kejohanan Futsal Piala Mudir 2009:-

1- KUDQI JR
2- K.A.Y
3- BUKIT TOK BENG
4- NOSTALGIA SIX STONE



5- PEJUANG PAS
6- PASAR UNITED
7- H @ K. FC
8- AL-AMIN (B)
9- SOGO
10- WAANER GITU BT6 FC
11- BULUH KUNING
12- SABUT NYIOR (B)
13- BRIDGET AL-QASSAM
14- MEE GORENG UDANG
15- MANSUHKAN ISA
16- BEAN FC
17- AL-MADINI
18- PASIR PUTEH FC
19- SET BOLOK FC
20- AL-JIHAD FC
21- ROHOK BT6
22- ASY-SYAKIRIN FC

Pelajari Corak Permainan - Bean FC

0 ulasan
Peserta remaja termuda Bean FC melahirkan rasa gembira dengan perlawanan yang dianjurkan PLPDT. Ketua pasukan Bean FC Hafizuddin Shamsul Bahri ketika ditemui memetik sebagai berkata, perlawanan futsal yang diadakan ini memberikan banyak pendedahan kepada pasukannya untuk beraksi dengan lebih baik bagi mengikuti sebarang perlawanan yang akan diadakan pada masa akan datang.

"walaupun pasukan kami tidak mampu untuk menyaingi skill perlawanan abang-abang yang lebih senior, namun kami berpuas hati dengan pendedahan corak perlawanan yang amat berguna buat pasukan kami"



Bean FC merupakan pelajar Ma'ahad Darul Quran (MDQ) tewas kepada pasukan Bridget al-Qassam 0-5 pada pusingan ke-2 Kejohanan Futsal Piala Mudir 2009.

'Mee Goreng Udang' Muncul Juara Futsal

0 ulasan
Biro Sukan, Kebudayaan & Kesenian PLPDT telah menganjurkan Kehohanan Futsal Piala Mudir Darul Taqwa pada 21 Ogos bertempat di Padang Futsal Tok Jembal.

Pengarah kejohanan ini Ustaz Abdul Rahman Awang ketika ditemui berkata, kejohanan ini amat penting bagi PLPDT kerana melalui aktiviti seumpama inilah PLPDT dapat melihat penyertaan sebenar ahli PLPDT khususnya ahli yang telah melepasi alam pengajian. Beliau turut menjelaskan aktiviti ini juga berjaya menarik ramai ahli PLPDT yang datang dari pelbagai kawasan.



Presiden PLPDT Ustaz Shahril Alim turut bersetuju dengan penyertaan ahli kali ini membuktikan PLPDT masih ada tempat di hati ahli, bahkan aktiviti ini juga dapat meningkatkan jalinan ukhuwwah sesama Islam.

Turut hadir menyaksikn perlawanan ini Ustaz Azhar Rajab, sambil memberi sokongan kepada para pemain yang terdiri daripada lepasan pelajar Madrasah Darul Taqwa dan pasukan lain yang menyertai kehohanan ini.

Jumlah penyertaan pemain ke dalam kejohanan ini amat memberangsangkan, difahamkan Biro Sukan, Kebudayaan & Kesenian telah membuat tapisan dengan mengambil kira pendaftaran awal bagi setiap pasukan ekoran permintaan penyertaan yang begitu tinggi melibatkan 22 pasukan.

Kejohahanan Futsal yang diadakan selama sehari ini menyaksikan perlawanan sengit bagi meraih kejuaraan Futsal Piala Mudir 2009. Rata-rata pemain memberikan persembahan menarik sepanjang perlawanan diadakan, ia terbukti melalui komitmen yang diberi peserta dari awal pagi hingga ke petang menjelang perlawanan akhir kejohanan futsal.

Juara kejohanan Futsal Piala Mudir 2009 telah dimenangi oleh pasukan Mee Goreng Udang dengan memberikan serangan padu ke atas pasukan Bridget al-Qassam 3-1. Setelah berhempas pulas mencari gol kemenangan, akhirnya Bridget al-Qassam berpuas hati dengan memenangi tempat kedua mewakili kumpulan B.

Pasukan Sabut Nyior (B) membuktikan kupayaan dengan jaringan 3-2 ke atas pasukan KUDQI JR. Masing-masing memenangi tempat ketiga dan keempat dalam kejohahanan tersebut.

Perlawanan ini turut diserikan dengan penyertaan Bekas Pemain Kebangsaan Tengku Alias Tengku Ibrahim. (Gambar)

Rabu, 19 Ogos 2009

Selamat Pulang ke Tanah Air

0 ulasan
PLPDT mengalu-alukan kepulangan ahli PLPDT yang juga telah banyak menyumbangkan tenaga untuk persatuan ini iaitu saudara Abdul Alim Zakaria. Beliau merupakan pelajar dari Shoubra, Mesir telah dimaklumkan oleh abangnya saudara Suhail Zakaria mengenai kepulangannya ke tanah air.



PLPDT berharap, penyertaan kembali saudara Abdul Alim Zakaria dapat membantu meningkatkan kembali perjalanan PLPDT sebagai sebuah organisasi yang mengumpul dan menyediakan pelbagai aktiviti untuk ahli.

Tahniah diucapkan kepada saudara Abdul Alim, semoga kepulangan ini lebih bermakna buat perjuangan Islam di tanai air.

Selasa, 11 Ogos 2009

MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN

6 ulasan
Biro Sukan dan Kebudayaan
Persatuan Lepasan Pelajar Darul Taqwa
Pekan Batu Enam,Jln Kelantan
21200 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh,

…………………………………..
…………………………………..
…………………………………..

Tuan/Puan,

MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN

Merujuk perkara diatas,kami dari biro sukan dan kebudayaan akan
menganjurkan satu Kejohanan Futsal Piala Mudir darul Taqwa dalam usaha untuk mengumpul kembali pelajar lepasan darul taqwa dan mengeratkan lagi silaturrahim dikalangan ahli,



Sehubungan dengan itu kami ingin memohon sumbangan ikhlas dari pihak
tuan/puan untuk melancarkan lagi perjalanan program tersebut,

Bersama ini juga kami sertakan salinan anggaran kewangan kejohanan
futsal piala mudir.

Harapan kami semoga permohonan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya
dari pihak tuan/puan.Kerjasama dan jasa baik tuan/puan dalam perkara ini
amatlah kami hargai dan sanjungi.

Sekian, terima kasih



Yang benar,



(MOHD MAHYUDDIN BIN YUSUF)
Setiausaha,
Kejohanan Futsal Piala Mudir
Persatuan Lepasan Pelajar Darul Taqwa
Sesi 2009
s/k : Presiden PLPDT
Pengarah Program


......................................................................................


ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH

1. URUSAN SETIAUSAHA RM 50.00

2. PERHUBUNGAN RM 100.00

3. CENDERAHATI RM 700.00

4. PADANG BOLA RM 600.00

5. BANNER RM 100.00

6. PERBEKALAN RM 100.00

7. TUGAS-TUGAS KHAS RM 100.00

8. PENGAWASAN RM 150.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 1900.00

Isnin, 10 Ogos 2009

Tazkirah Sebelum Perlawanan Futsal

0 ulasan
Kehangatan Kejohanan Futsal Piala Mudir semakin terasa. Unit Penerangan PLPDT cuba mendapatkan perkembangan terbaru berhubung persiapan akhir menjelang kejohanan yang bakal diadakan sehari sebelum Ramadhan. Unit Penerangan PLPDT difahamkan sebuah slot tazkirah akan diadakan sebelum perlawanan tersebut.



Menurut jawatankuasa penganjur Abdul Rahman Awang, sebuah slot tazkirah akan diisi oleh Presiden PLPDT sendiri iaitu Ustaz Shahril Alim sebagai pengisian ilmiah sebelum perlawanan bermula.

Menurutnya lagi, kerjasama yang diberikan oleh guru-guru Darul Taqwa juga amat memberangsangkan termasuk Mudir Ustas Muhammad Yaakob (gambar).

Manakala pengumuman dan edaran borang serta iklan perlawanan telah menemui sebahagian besar ahli PLPDT. Kepada ahli-ahli PLPDT yang masih belum berdaftar, bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi wakil urusetia sepertimana nama-nama yang tertera pada poster iklan di atas.

Ahad, 9 Ogos 2009

Kejohanan Futsal Piala Mudir '09

0 ulasan
Persatuan Lepasan Pelajar Darul Taqwa (PLPDT) melalui Biro Sukan, Kesenian & Kebudayaan akan menganjurkan Kejohanan Futsal Piala Mudir yang akan diadakan pada 21 Ogos ini.
Perlawanan yang akan bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang ini dijangka mendapat sambutan menggalakan dari kalangan peserta.



Seorang peserta yang bakal menyertai perlawanan ini, Amirluddin Yusof ketika dihubungi menyatakan hasrat penyertaannya ke dalam Kejohanan Futsal ini adalah untuk meningkatkan lagi talian persaudaraan di kalangan sahabat. Beliau turut menjelaskan penganjuran aktiviti sihat seumpama ini sememangnya menjadi tumpuan ramai terutama di kalangan pemuda khususnya lepasan pelajar Darul Taqwa.

Perlawanan ini akan diadakan di Futsal Jembal berhampiran UMT. Para peserta boleh menghubungi wakil PLPDT untuk mendaftar dan mendapatkan sebarang maklumat program seperti nma-nama yang tertera pada iklan perlawanan di atas.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 17 Ogos 2009.

Isnin, 27 Julai 2009

Peruntukan Bagi Tahun 2009

0 ulasan
PTPDT telah memperuntukkan sebanyak RM 1000.00 (termasuk Peruntukan Kecemasan) bagi menjayakan Program-program untuk AHLI-AHLI PLPDT.

Program tersebut ialah :

PIALA MUDIR MADRASAH DARUL TAQWA (bln 8) - RM 150.00
KEM PELAJAR TAHUN 5 DAN 6 MADRASAH DARUL TAQWA (bln 8) - RM 50.00
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI (bln 9) - RM 500.00

PERUNTUKAN KECEMASAN - RM 300.00



Diharap semua Ahli dapat memberikan komitmen kepada Persatuan agar Persatuan dapat berjalan lebih lancar lagi.

Isnin, 20 Julai 2009

Mesyuarat Khas Dewan Harian & Exco

0 ulasan
Batu Enam 17hb July 2009 (Buletin PLPDT) - PLPDT telah mengadakan Mesyuarat khas yang diadakan di Bilik Mesyuarat Darul Taqwa. Mesyuarat itu yang di pengerusikan sendiri oleh Presiden PLPDT bermula pukul 3 petang.

Mesyuarat itu banyak meluluskan peruntukan yang berkaitan dengan program-program Induk dan Biro-biro. Antara program-program yang diumumkan oleh Presiden, diantaranya :



1) Pertandingan Bola Sepak Piala Tuan Mudir DT - Biro Kesenian, Sukan dan Kebudayaan
3) Kem Motivasi untuk pelajar Tahun 6 Madrasah Darul Taqwa - Biro Pendidikan dan
Hal Ehwal Agama
4) Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2009 - Badan Induk PLPDT

Dalam mesyuarat itu juga,Biro Kewangan dan Usahawan membentangkan perolehan kewangan untuk 6 bulan pertama adalah sebanyak RM1111 (Tidak termasuk Yuran Ahli)

Ahli mesyuarat telah dibentangkan Kertas Kerja Futsal Piala Mudir oleh Ustaz Abdul Rahman Awang selaku Pengerusi Biro Kesenian, Sukan dan Kebudayaan yang akan diadakan pada pertengahan bulan hadapan yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Presiden juga menerangkan beberapa Aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan Madrasah. diantaranya akan menyiapkan Bilik Mesyuarat Madrasah Dar Attaqwa dalam masa 2 minggu lagi dengan dibantu oleh sumbangan Orang ramai.

Mesyuarat itu berakhir pukul 5.15 petang selepas Tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Al Rozi Bin Sukiman selaku Timbalan Pengerusi Biro Pendidikan dan Hal Ehwal Agama PLPDT dan sedikit Ucapan oleh tetamu khas Presiden iaitu Ustaz Khairul bin Muhammad yang banyak memberi idea-idea untuk memantapkan lagi PLPDT.

- Unit Penerangan

Khamis, 16 Julai 2009

Maklumat Al Madinah International University (MEDIU)

0 ulasan
Al-Madinah International University (MEDIU) ialah sebuah universiti Islam berasaskan pembelajaran melalui atas talian (maya). Sebuah institusi pengajian Islam yang mendapat pengiktirafan Kementerian pengajian Tinggi Malaysia dan Malaysia Qualification Agency (MQA) telah menawarkan kursus di peringkat ijazah, Diploma dan Persijilan kepada semua masyarakat di seluruh dunia. Beribu pejabat di Shah Alam,Selangor, MEDIU mempunyai pejabat-pejabat dan pusat pembelajarannya di dalam dan luar negara iaitu di Kota Bharu, Madinah Al Munawwarah, Kaherah, London, Yogyakarta, Makassar, Singapura, Bangkok dan Kuwait.



Untuk makluman Tuan, Al-Madinah International University sedang membuka pendaftaran untuk pengambilan pelajar bagi kemasukan September dan November 2009 . Kami juga menawarkan biasiswa kepada pelajar yang lulus dengan baik di dalam peperiksaan akhir semester pertama.

Semoga kerjasama ini pemangkin kearah pembentukan generasi bertakwa dan berpendidikan sarjana

Terima kasih

Jamaluddin Hussain

Bahagian Pemasaran

Al Madinah International University (MEDIU)

Tkt 11, Plaza Masalam,

Jalan Tengku Ampuan Zabedah E/9E, Seksyen 9,

40100 Shah Alam, Selangor.

www.mediu.edu.my

email: welcome@mediu.edu.my

Tel : 035511 3939

Pengajian secara berterusan.. tiada sempadan masa..dimana saja anda berada..Menerusi Pengajian di

AL MADINAH INTERNATIONAL UNIVERSITY (MEDIU)

Berdaftar di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia Diiktiraf dan diluluskan oleh Malaysia Qualification Agency (MQA)

Usahasama Kepakaran Para Cendikiawan Tersohor Dunia University Islam Timur Tengah Dalam Membina Modul dan kaedah Bersistematik Melaui Kepakaran Kecanggihan Teknologi Profesional Tempatan

Al-Madinah International University (MEDIU) telah memperkenalkan satu kaedah baru untuk menyambung pelajaran dalam era globalisasi ini– satu sistem pengurusan pembelajaran jarak jauh yang bermodalkan pada kecanggihan teknologi, menjadikan MEDIU sebuah Universiti Islam Online Pertama di Malaysia.

Pusat-pusat pembelajaran dan Perkhidmatan yang sedia ada: Shah Alam, Kota Madinah al Munawwarah, London, Kota Bharu, Kaherah, Kuwait, Yogyakarta, Sulawesi, Bangkok & Singapura

Pendaftaran Terbuka Untuk kemasukan September dan November 2009

Bagi lepasan Ijazah, Diploma, STPM, STAM, STA, SPM, Syahadah Thanawiyyah ‘Ulya, GCE A Level, GCE O Level

Peringkat Sarjana (Master)

-Ijazah Sarjana Fiqh KPT/JPS(KA9424)09/2013

-Ijazah Sarjana Usul Feqh KPT/JPS(KA9425)09/2013

-Ijazah Sarjana Fiqh al Sunnah KPT/JPS(KA9427)09/2013

-jazah Sarjana Al Quran wa ‘UlumulQuran KPT/JPS(KA9426)09/2013

-jazah Sarjana ‘UlumulHadith KPT(JPS)600-07/71/Jld.III(21)

-jazah Sarjana Qadha’ wa Siasah Syar’ieyyah KPT(JPS)600-07/71/Jld.III(21)

Peringkat Sarjana Muda (Bachelor)

-Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Islam Pengkhusssan feqh dan usul feqh KPT/JPS(KA8822)03/2013

- Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Islam pengkhususan al Hadith KPT/JPS(KA8797)03/2013

- Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Islam pengkhususan Sains Al Quran KPT/JPS(KA8061)03/2013

- Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Islam pengkhususan Usuluddin dan Dakwah KPT/JPS(KA8821)03/2013

- Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Bahasa Arab dan Kesusasteraan KPT/JPS(KA8823)03/2013

Peringkat Diploma

-Diploma Teknologi maklumat KPT/JPS(KA9259)08/2013

-Diploma Sistem Maklumat Perniagaan KPT/JPS(KA9260)08/2013

Membina Kemahiran dan Penguasaan Bahasa Arab melalui

Kursus Jangka Pendek Bahasa Arab (persijilan) KPT(JPS)600-07/71/jld.11(17)&(27)&(28)&(28)

* Tempoh Kursus: 4 Peringkat -Satu peringkat 14 minggu
* Syarat Kemasukan: Tidak Diperlukan (Terbuka Untuk Semua)
* Pengajian bersama Pensyarah dalam bilik Kuliah dan secara online (pilihan pelajar)
* Tenaga Pengajar Berbangsa Arab
* -juga menawarkan Kursus Jangka Pendek Bahasa Inggeris(persijilan) KPT(JPS)600-07/71/Jld.III(13)

Maklumat dan pendaftaran secara online di: http://www.mediu.edu.my

Al-Madinah International University,11th Floor, Plaza Masalam,Jalan Tengku Ampuan Zabedah E/9E,40100 Shah Alam, Selangor. Tel :03 5511 3939 Faks :03 5511 3940 E Mail : enquiry@mediu.edu.my


Isnin, 29 Jun 2009

Majlis Makan Malam Bersama Dato' Harun Taib

1 ulasan
Majlis pada malam itu dimulakan dengan Jamuan makan disertakan tayangan video Persatuan

Presiden (baju batik merah) melayan tetamu khas
iaitu Tuan Mudir, Dato' TG Hj Harun Taib, AlFadhil Ustaz Zakaria Dagang, AlFadhil Ustaz Khairuddin Attakiri



Ustaz Khairuddin Aman Razali Attakiri turun hadir pada majlis ini

suhail (berdiri baju emas tua) orang kuat PLPDT

kegembiraan terpancar daripada tetamu yang hadir

Sungguh meriah bila lama tidak jumpa

Presiden (dua dari kanan) duduk melayan tetamu yang hadir

Para Tetamu Khas

Tetamu khas dilayan oleh Tim. Presiden 1 Ust. khairi (wakil Presiden)

Ucapan Permulaan oleh Presiden PLPDT

PLPDT bersungguh-sungguh membantu Dar Attaqwa

Tetamu Khas, Dato' Tuan Guru Hj. Harun Taib

Ucapan Nasihat dari Dato' Tuan Guru pada Tetamu

Bekas-bekas Pelajar Dar Attaqwa khusyuk mendengar nasihat

Lepasan Generasi pertama dan kedua turun hadir memberi sokongan.

Cenderahati dari Persatuan Lepasan Darul Taqwa


Cenderahati dari Persatuan Lepasan Darul Taqwa

Sabtu, 13 Jun 2009

Selamat pengantin Baru

0 ulasan
PLPDT MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA SAUDARA RASHIDI BIN HAJI ABDUL RAHIM SERTA ISTERI (RUMAH BERHAMPIRAN MASJID RUSILA, MARANG)

SEMOGA KEKAL HINGGA KE AKHIR HAYAT DAN DIPAYUNGI RAHMAT ALLAH SWT

Kelahiran Cahaya Mata Pertama

0 ulasan
Pada 29 Mei kita menerima berita gembira kelahiran cahaya mata pertama pasangan bahagia saudara Amir Azhar Yahya dan Nadiha Mazlan, khabar gembira ini tentunya dapat dikongsi bersama sahabat-sahabat yang pernah melalui saat ini dan juga turut dikongsi bersama teman-teman dari seluruh Muhafazah khususnya Tanta, Mesir.

"Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan selamat", luah Pengerusi Unit Bait Muslim Iskandariah, saudara Khairul Nizam Razali. Beliau yang mewakili Amir Azhar juga bertindak melaungkan azan ke telinga bayi sebaik saja proses kelahiran berakhir.

Amir Azhar yang tidak dapat bersama pada hari kelahiran tersebut, ekoran persediaan menduduki peperiksaan pada keesokan hari di Tanta mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua sahabat yang telah membantu sepanjang proses menghadapi kelahiran ini.

Ketika ditemui, beliau merasakan kehadiran cahaya mata ini sebagai satu amanah dan anugerah yang amat bernilai. "Perasaan ini hanya dapat dirasai bilamana kita betul-betul berada dalam situasi ini", ujarnya kepada teman-teman yang datang berziarah.

Bayi lelaki seberat 3 kilo 100 gram ini lahir pada jam 7.15 petang di Musstasyfa Mabrrah al-Asofiroh dan berada dalam keadaan sihat, ibunya dibenarkan pulang seawal pagi keesokan hari.

Di kesempatan ini Unit Penerbitan Buletin PLPDT dan Jawatan Kuasa PLPDT mengucapkan selamat menimang cahaya mata buat pasangan Amir dan Nadiha. Terima kasih atas sumber yang di berikan oleh ustaz khairul.

Selamat pengantin Baru

0 ulasan
PLPDT MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA SAUDARA YUSUF BIN TAIB SERTA ISTERI (RUMAH TEPI MADRASAH DAR ATTAQWA) SEMOGA KEKAL HINGGA KE AKHIR HAYAT DAN DIPAYUNGI RAHMAT ALLAH SWA

Selasa, 9 Jun 2009

Mohon Bantuan Blogger

0 ulasan
Assalamualaikum W.B.T

Syukur pada Allah S.W.T, selawat dan salam buat Nabi S.A.W, ahli keluarga dan para sahabatnya.

Pertamanya saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada AJK Kerja Majlis Makan Malam ini kerana bertungkus lumus menyediakan peralatan berkaitan program dan gerak kerja yang dirancang, berjalan lancar. Doa saya, semoga Allah S.W.T permudahkan gerak kerja kita hingga ke akhir majlis ini, Insya Allah.

Satu perkara yang ingin saya katakan di sini ialah, gerak kerja bagi mempromosikan MALAM NOSTALGIA PLPDT yang selama ini dipikul oleh AJK tidak mampu pergi lebih jauh, tanpa bantuan individu-individu, blogger-blogger dan kumpulan yang mempunyai pengaruh yang besar. Justeru itu, saya memohon bantuan daripada semua pengunjung terutama rakan-rakan dari Lepasan Pelajar Dar Attaqwa supaya membuat HEBAHAN ke kepada umum dan menjual kesemua kupon dalam masa yang TERDEKAT INI kerana Lepasan Pelajar boleh membawa keluarga yang hanya dikenakan harga RM20 untuk satu kepala.

Segala jasa baik saudara dan saudari, hanya Allah S.W.T sahaja yang mampu membalasnya.


Wassalam.



"Kerja untuk Islam kerana Allah"




Presiden
PLPDT 2009/2010

Selasa, 26 Mei 2009

Mesyuarat PLPDT Kali Ke-2

0 ulasan
Batu Enam 22hb mei 2009 (Buletin PLPDT) - PLPDT telah mengadakan Mesyuarat bulanannya kali kedua yang diadakan di Bilik Mesyuarat Darul Taqwa. Mesyuarat itu yang di pengerusikan sendiri oleh Presiden PLPDT bermula pukul 3 petang.

Mesyuarat itu banyak meluluskan usul-usul yang berkaitan dengan program-program Induk dan Biro-biro dan membuat sedikit pertukaran nama Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan kepada Biro Kemasyarakatan. Antara program-program yang diumumkan oleh Presiden, diantaranya :

1) Majlis Makan Malam bersama Tokoh - Biro Kewangan dan Usahawan
2) Pertandingan Bola Sepak Piala Tuan Mudir DT - Biro Kesenian, Sukan dan Kebudayaan
3) Indoor Games Muslimat PLPDT 2009 - Badan induk Muslimat PLPDT
4) Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2009 - Badan Induk PLPDT

Dalam mesyuarat itu juga,Biro Kewangan dan Usahawan menyatakan akan mengumumkan Tokoh yang dijemput untuk menjayakan Majlis Makan Malam bersama Tokoh. ini kerana pertemuan dengan tokoh yang dicadangkan dalam proses perbincangan.

Ahli mesyuarat sepakat memilih tarikh pada Jumaat malam Sabtu 26hb 6 2009 ini yang bertempat di Restoran As-Syakirin di Pok Tuyu bagi mengadakan Majlis Makan Malam itu.

Presiden juga menerangkan beberapa Aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan Madrasah. diantaranya akan menyiapkan Bilik Mesyuarat Madrasah Dar Attaqwa dalam masa 6 bulan dengan dibantu oleh sumbangan Orang ramai.

Mesyuarat itu berakhir pukul 4.45 petang selepas Tazkirah yang disampaikan oleh Alfadhil Ustaz Mohd Shahril bin Mohd Alim selaku Presiden PLPDT. Mesyuarat itu diakhiri dengan tasbih Kaffarah dan surah al-Asyh

-Unit Penerangan PLPDT

Rabu, 13 Mei 2009

PENGARAH INDOOR GAMES MUSLIMAT PLPDT 2009 DI Kenangan NIG 2009

0 ulasan
Sila rujuk laman web nisa' negeri Terengganu di : http://nisaterengganu.blogspot.com

Ahad, 10 Mei 2009

REHLAH HARI KELUARGA DARUL TAQWA BATU 6 DI BELUKAR BUKIT.

0 ulasan
Berikut beberapa perkara penting yang dapat diambil dari program ini.

1- PROGRAM PERTAMA MANDI-MANDA DAN SUKAN AIR
2- SESI CERAMAH KEFAHAMAN TENTANG PENGORBANAN YG PERLU GURU-GURU DAN KELUARGA FAHAMI
3- JUTAAN TERIMA A KEPADA TUAN HJ. SYUKRIMUN YANG SUDI MENYAMPAIKAN HADIAH KEPADA PEMENANG

-Penghargaan dari pihak Dar Ataqwa kepada Lepasan yang bertugas (ust. shahril)
-Penghargaan dari pihak Dar Ataqwa kepada Lepasan yang bertugas (ust. nasiruddin)
-Penghargaan dari pihak Dar Ataqwa kepada Lepasan yang bertugas (ust. jailani)
-Penghargaan dari pihak Dar Ataqwa kepada Lepasan yang bertugas (abg suhai)

Selasa, 5 Mei 2009

PENGANJURAN NISA' INDOOR GAMES PLPDT 2009

0 ulasan
ASSALAMUALAIKUM.

SUKACITANYA DIMAKLUMKAN, MUSLIMAT PLPDT AKAN MENGANJURKAN Nisa' INDOOR GAMES PLPDT 2009

PIMPINAN MUSLIMAT PLPDT AKAN MENGAKADAN DI TEMPAT TERTUTUP BAGI MENJAGA AURAT DAN MENJAGA PANDANGAN PESERTA DARI DILIHAT UMUM DAN MEMBERI KESELESAAN PADA KESEMUA PESERTA.

PIHAK PENGAJUR INGIN MEMBUKA PENYERTAAN KEPADA SEMUA LEPASAN PELAJAR MUSLIMAT DARUL TAQWA BAGI MEMBUAT PENGIRAAN BAGI MENEMPAH SAIZ DEWAN YANG BERSESUAIAN.

SEBARANG PENYERTAAN BOLEH LAH EMAIL NAMA DAN NO. HP KE : plpdt2009@gmail.com atau meseg kepada PENGARAH NISA' INDOOR GAMES : 019-9183981 (Ustazah Asma')



SUKAN KEARAH IKATAN KASIH

WASSALAMUALAIKUM.

Selasa, 28 April 2009

Kekosongan Yang Perlu Diisi Segera

0 ulasan
Biro Penerangan, Multimedia & Inovasi memerlukan seorang jurugambar dan seorang wartawan yang dapat berkhidmat sepenuh masa bagi setiap program anjuran PLPDT.
Kepada seiapa yang berminat boleh bverhubung melalui Ustaz Wan Nasiruddin 019-9570032

Jumaat, 17 April 2009

MESYUARAT PLPDT KALI PERTAMA 1/2009-2010

0 ulasan


Batu Enam 17hb April 2009 (Buletin PLPDT) - PLPDT telah mengadakan Mesyuaratnya kali pertama yang diadakan di Bilik Mesyuarat Darul Taqwa selepas Mesyuarat dengan Pengasas PLPDT iaitu Alfadhil Ustaz Azhar Rejab. Mesyuarat itu yang di pengerusikan sendiri oleh Presiden PLPDT bermula pukul 3 petang.

Mesyuarat itu banyak meluluskan usul-usul yang berkaitan dengan kewangan, pengesahan jawatan dan memilih Ahli Lembaga Syura PLPDT sebagai Penasihat dengan diagihkan Bidang tugas khusus bagi memantau kelancaran Bidang Tugas setiap Biro-biro. Saudara Ahmad Tarmizi Salleh selaku Ahli Lembaga Syura menyatakan akan menumpukan sepenuhnya kepada PLPDT bagi memantapkan kepimpinan yang baru ini.

Dalam mesyuarat itu juga, Pengarah Suruhanjaya PilihanRaya dipilih mengikut tokoh dan pengalaman dalam menjalankan program-program yang pernah dijalankan oleh PLPDT. Setelah membuat percalonan dan pengundian, ahli Mesyuarat sebulan suara memilih Saudara Syukri bin Othman sebagai Pengarah Suruhanjaya PlihanRaya PLPDT 2009/2010. Beliau adalah seorang Pensyarah Multimedia di PTPL cawangan Kuala Terengganu. Suruhanjaya Pilihan Raya dibentuk lebih awal bagi bertujuan membuat persedian lebih awal dan mengemas kini ahli Jawatankuasa bagi mengurangkan pertindihan tugas ketika Pemilihan baru nanti.

Presiden juga menerangkan beberapa Aktiviti-aktiviti Madrasah, antaranya Kem Anak Soleh dan Solehah pada 23 dan 24 hb April 2009 (Hari Khamis pukul 2 ptg perasmian dan berakhir pagi jumaat)di Madrasah Dar Attaqwa dan akan menyiapkan Bilik Mesyuarat Madrasah Dar Attaqwa dalam masa 6 bulan dengan dibantu oleh sumbangan Orang ramai.

Mesyuarat itu berakhir pukul 5.45 petang selepas Tazkirah yang disampaikan oleh Alfadhil Ustaz Jailani bin mamat selaku Pengerusi Biro Hubungan Luar dan IPT PLPDT. Mesyuarat itu diakhiri dengan tasbih Kaffarah dan surah al-Asyh

-Unit Penerangan PLPDT

Ahad, 12 April 2009

Wasiat ke-10, uruskan masa dan ringkaskan tugas

0 ulasan
Fahri Abdullah al-Masri Sat Mar 21, 09 11:08:46 pm MYT
"Kewajipan kita adalah lebih banyak daripada waktu yang kita ada, oleh itu bantulah saudaramu tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah pelaksanaannya," demikian wasiat Hasan al-Banna yang terakhir.
Kepada setiap pendakwah atau seorang Islam yang sejati, masanya sangat penting. Mereka harus waspada selalu dengan penggunaan masa. Masa yang tidak digunakan dengan teliti akan menyebabkan kita akan menyesal tanpa kesudahan.
Ini kerana, masa yang sudah terlepas itu tidak boleh diganti lagi. Pepatah Melayu ada menyatakan, patah tumbuh hilang berganti. Tetapi, bidalan itu merujuk kepada seseorang pemimpin yang telah mati atau barang hilang yang mungkin boleh ditemukan semula atau sesuatu yang hilang dan boleh digantikan semula.
Yang tak boleh digantikan semula ialah waktu, saat, detik, dan masa. Oleh kerana masa ini sangat penting, maka setiap bangsa punya peraturan, falsafah dan pepatah yang lengkap tentang kepenggunaan waktu. Antara bangsa Asia, kita selalu mendengar bahawa bangsa Jepun menghargai waktu.
Bagaimanapun mereka maju di dunia kerana falsafah penggunaan masa itu hanya sekadar untuk memenuhi keperluan di dunia. Sedangkan, Islam menyeru umatnya agar mengguna masanya guna memenuhi keperluan di dunia dan kebutuhan di akhirat.
Pepatah Melayu menyebutkan bahawa masa itu emas. Malah emas, perak dan intan berlian sekali pun belum dapat menandingi harga emas. Kalau emas itu hilang, maka emas itu boleh dicari semula atau pun diganti dengan wang, tanah atau apa-apa pun yang ada harganya. Itulah kayu ukur yang menandakan masa itu sangat berharga.
Iaitu, jika masa telah berlalu, maka tiada suatu kuasa apa pun yang dapat menggantikannya atau mengembalikannya. Tapi, jika emas hilang, nescaya ada seribu satu jalan, kuasa yang dapat berikhtiar menggantikannya.
Waktu tidak boleh dicipta, malah alam ini tercipta oleh peredaran waktu. Tuhan menyebut bahawa alam ini tercipta dalam enam masa. Masa cuma boleh dinamakan, dipenggal, dipecahkan, dipotong sebagai hari, minggu bulan serta dinamakan Ahad, Isnin dan sebagainya. Jika ada keperluan untuk amalan rohani gelap, maka ia dinamakan Keliwon mengikut lidah Jawa.

Masa itu tidak boleh direkabentuk seperti benda-benda yang boleh dipegang. Setiap yang boleh dipegang boleh dipatahkan dengan benda lain. Pokok yang dipatahkan rantingnya boleh tumbuh semula. Kerana itu, manusia boleh berkata, yang patah itu boleh tumbuh dan yang hilang boleh berganti. Ini kerana, patah dan tumbuh itu sifat benda dan bukan sifat masa.
Malah, masa itu boleh mengancam manusia. Saidina Ali berkata, "Masa itu umpama pedang. jika kamu tidak 'memenggalnya', nescaya ia akan 'memenggal' lehermu."
Sebenarnya yang menyebabkan masa itu berharga ialah disebabkan adanya kerja, tugas, amanah yang perlu disiapkan semasa waktu itu sedang berjalan.
Jika bukan kerana itu, maka masa itu tidak berharga. Misalnya, dengan peredaran masa, pokok perlu membesar dan ia dijual dengan masa tertentu. Sebab itulah masa untuk menunggu pokok itu membesar amat berharga.
Dalam hal ini masa disalahgunakan dalam perniagaan yang melibatkan riba. Sekiranya kita tidak dapat melunaskan hutang dalam tempoh waktu tertentu, maka bunga (riba) akan naik. Demikianlah masa disalahgunakan dalam 'industri' riba.
Maka Hasan al-Banna telah memulakan wasiatnya dengan menggunakan ungkapan 'kewajipan kita' yang bermaksud usaha dakwah kepada umat ini. Kewajipan usaha dakwah ini ada pertalian yang amat erat dengan penggunaan waktu.
Masa makin singkat dan suntuk!Tetapi jumlah usaha dakwah itu terlalu banyak jika dibandingkan dengan jumlah peruntukan waktu yang kita ada. Di dalam peruntukan 24 jam sehari semalam, kita mungkin memerlukan 48 bentuk dan 72 jenis dakwah. Dalam kata lain, kita mungkin perlukan 2 atau 3 kali ganda program dakwah atau lebih daripada itu dalam tempoh 24 jam.
Itu maksud Hasan al-Banna; jumlah usaha dakwah perlu digembeling dalam jumlah waktu yang sungguh singkat. Masa seperti semakin pendek apabila terlalu banyak urusan dakwah yang perlu dibereskan.
Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidak akan terjadi kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu percikan api." (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Hasan al-Banna, ketika menyusun wasiatnya, beliau mungkin terkesan dengan sabda Rasulullah s.a.w ini. Bilangan manusia yang ingin melakukan perubahan ke arah kebaikan dan islah sangat kurang berbanding manusia jahat yang memperuntuk masa dan hartanya ke arah kemusnahan dunia dan tamadun ini.
Oleh itu bayangkanlah bagaimana keadaannya ketika kerja dakwah makin banyak menimbun ini terpikul atas bahu segelintir pendakwah sahaja yang inginkan kedamaian, kesejahteraan, kebaikan dan ketenangan di dunia dan akhirat.
Bantu manusia menguruskan waktunyaBarangkali.. lantaran terkesan dengan semua inilah, maka Hassan al Banna memulakan usaha dakwah di kedai-kedai makanan dan kedai-kedai kopi dan bukannya di masjid. Beliau benar-benar mahukan insan berpeleseran tanpa tujuan ini akhirnya akan faham matlamat hidupnya.
Apabila manusia itu mula faham akan falsafah dan matlamat hidup, maka akan wujud manusia yang akan menggunakan masanya dengan betul, baik dan sempurna.
Manusia yang telah mula dibangunkan kesedarannya ini akan tertanya-tanya pula tentang bagaimana seharusnya mereka mahu memanfaatkan waktunya di dunia ini sementara menunggu waktu di akhirat kelak.
Maka.. di sini Al-Banna menyarankan pendakwah agar membantu mereka yang telah terbuka hatinya untuk memahami bagaimana mereka perlu memanfaatkan waktunya untuk beribadah sementara menunggu waktu dihisab di akhirat kelak.
"Oleh itu bantulah saudaramu tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan kalau saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah pelaksanaannya," demikian pesan al-Banna lagi.
Orang yang telah dilembutkan hatinya dan dilunakkan jiwanya sentiasa tertanya-tanya mengenai apakah amalan yang harus dilakukan guna mencapai redha ilahi. Soalan semacam ini kerap hinggap di ranting pertanyaan sahabat dan baginda selalu hadir bagi menjawab setiap pertanyaan tersebut.
Ghairahnya para sahabat dalam beramal sehingga mereka kerap bertanya, apakah amalan yang paling baik dan bermacam pula jawapan baginda tergantung kepada keadaan rohani para sahabat itu.
Jika dilihatnya sahabat itu menderhakai ibu bapanya maka baginda bersabda, berbuat baiklah kepada ibu bapa. Jika dilihatnya penyoal itu seorang yang panas baran, maka dia menasihatkan orang itu supaya tidak marah-marah.
Mereka yang mula lunak kepada agama tidak tahu atau terlupa tentang cara-cara menggunakan masa sebagai yang disaran di dalam al-Quran. Mungkin kerana keterbatasan dalam bahasa Arab, mereka tidak faham mesej dalam surah Al-Muzzammil.
[1] Hai orang yang berselimut! [2] Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, kecuali dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), [3] Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu, [4] Atau pun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil."
[5] (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).
[6] Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya. [7] (Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya.
Orang yang didakwah atau mereka yang baru dinyalakan pencerahan rohani dalam dirinya, selalu hidup pelbagai ragam persoalan dalam hatinya dan menyalalah pula pelbagai rencam pertanyaan yang berwarna-warni dalam dirinya berhubung langkah-langkah awal menuju ke arah kesempurnaan hidupnya sebagai manusia terbaik.
Jadi, bagaimana mereka harus bermula? Jika ada amalan permulaan, maka apakah amalan permulaan itu?
"Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "Sembahyang Tahajjud" padanya sebagai sembahyang tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada akhirat di tempat terpuji." (Al-Isra': 79)
Adakah insan yang baru merangkak, baru melabuhkan pencarian untuk mendakap pencerahan jiwa serta akal fikirannya dapat menyelami hasrat Tuhan sebagai yang terkandung ayat-ayat al-Qur'an di atas? Mereka perlukan masa untuk dibimbing serta masa perlukan pembimbing yang sabar, teguh hati, kuat pendirian, bijaksana, berhemah tinggi yang kental spiritual.
Ringkaskan amalan untuk membantu saudara lainSebab itulah Al-Banna menyarankan anggota Ikhwan Muslimin atau para pendakwah meringkaskan sahaja urusan mereka untuk membantu saudara mereka yang mahu dibangkitkan kesedaran dalam jiwanya.
Bagi Al-Banna, amalan peribadi yang bertujuan menolong keperluan peribadi di akhirat, hanya bermanfaat untuk keperluan mereka sahaja. Sedangkan, usaha mengirim ilmu ke dalam dada manusia yang kosong tanpa dihuni hikmah pengetahuan sangat berguna kepada kedua-dua pihak, sama ada pihak pendakwah dan pihak yang didakwah.
Petunjuk agama menyatakan bahawa, jika ada seseorang beramal dengan sebab ajaran kita, maka pahala dengan sebab amalan itu turut mengalir ke dalam 'akaun pahala' kita kelak.
Sebab itu, pendakwah perlu meringkaskan dan menyedikitkan ruang untuk keperluan amalan peribadi supaya lebih banyak ruang dapat dimanfaatkan untuk tujuan pendidikan dan pengajaran ke atas manusia lain yang dahagakan pengetahuan daripada mereka.
Mereka yang berkhalwat, beruzlah, dan bersuluk tanpa berusaha keras menggerakkan nurani manusia untuk mendapat imbuhan pencerahan rohani daripada Tuhan, tidak termasuk dalam jenis manusia pencerahan.
Al-Banna, Badiuzzaman Said Nursi, dan lain-lainnya adalah ulamak sufi dan bersuluk di 'gua pertapaan' lalu keluar ke lapangan dalam usaha memerangi amalan khurafat dalam pemerintahan manusia mustakbirin sekali gus menyinari mendung awan hitam yang membalut kegelapan hati manusia mustadh'afin.

Wasiat ke-9 Al-Banna, sebarkanlah salam!

1 ulasan
Fahri Abdullah al-Masri Fri Mar 20, 09 11:51:24 pm MYT
Berkenalanlah dengan saudara yang baru dikenali walaupun tidak meminta untuk berkenalan. Ini kerana asas gerakan dakwah adalah perkenalan dan berkasih-sayang. - Hasan al-Banna.
Gerakan dakwah Ikhwan Muslimin ditandai dengan kekuatan hubungan erat dan rasa persaudaraan sesama mereka. Ikhwan Muslimin tidak berhasrat memanjangkan pertengkaran sesama muslimin. Malah, mereka mahu berusaha keras untuk membendung hal-hal yang boleh merebakkan pertikaian dalam umat Islam. Dan, kalimah salam adalah kunci kepada perpaduan itu.
Pendek kata, hadis Rasulullah s.a.w yang meminta agar ucapan salam itu disebarkan memang dimanfaatkan oleh ahli-ahli ikhwan itu sendiri. Semangat asal dan ruh perpaduan itulah yang sentiasa menjadi ingatan kepada anggota ikhwan.
Pada akhir zaman ini, kita lihat bahawa ada kecenderungan untuk memberikan salam cuma kepada orang yang dikenali saja. Kepada mereka yang tidak dikenali, maka kita abaikan sahaja. Dan, hal inilah yang cuba disampaikan oleh Hasan al-Banna kepada pendokong gerakan Ikhwan Muslimin.

"Rasulullah s.a.w perintahkan kami 7 perkara: "Mengunjungi pesakit, menghantarkan jenazah, menjawab tahmid ke atas orang yang bersin, membantu orang lemah, membantu orang teraniaya, menyebarluaskan salam dan menepati sumpah." - (Hadis riwayat al-Bukhari)
Lihat anjuran agama yang mahukan umatnya menyebarluaskan salam itu. Semua ini tidak lari dan tidak jauh daripada sikap Islam yang mahu menjadi juara kepada perpaduan sejagat dan Islam sebagai faham yang membawa rahmat ke serata alam.
Jika dunia hari ini tidak aman, bererti bukanlah silap Islam. Malah, kesilapan itu berpunca daripada orang Islam yang tidak menyebarluaskan salam dan tidak mengikuti anjuran baginda s.a.w itu dengan bersungguh-sungguh. Islam dan orang Islam itu dua perkara yang berbeza.
Sinar Islam malap oleh sikap MusliminDiakui bahawa kelakukan buruk umat Islam menyebabkan Islam itu menjadi buruk gambarannya. Kata Syeikh Muhammad Abduh, "Al-Islam mahjuubun bil Muslimin - (Keindahan) Islam itu terhijab oleh (kelakuan) umat Islam."
Wasiat ke-9 Al-Banna ini tidak lari daripada seruan baginda Rasulullah s.a.w sendiri. Dalam hadis lain disebutkan:
Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w: "Apakah (amalan) Islam yang terbaik? Nabi berkata: "Engkau memberi makan dan memberi salam kepada orang yang engkau kenali dan kepada orang yang engkau tidak kenali." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sebenarnya, hal memberikan salam itu bukanlah satu-satunya cara mengukuhkan perpaduan. Ia perlu disusuli dengan amalan memberikan makanan kepada orang-ramai, menghidupkan amalan baik pada waktu malam dan sebagainya.
Daripada Abdullah bin Salam r.a katanya, Nabi s.a.w. bersabda: "Hai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berikan makanan, bersolatlah pada waktu malam sedang para manusia sedang tidur, maka engkau semua akan dapat memasuki syurga dengan selamat." - (lmam at-Tirmizi).
Maka, selain menyebarluaskan salam, Islam melihat hal menjawab salam itu juga termasuk dalam perkara yang mesti diberi perhatian yang bersungguh-sungguh oleh umat Islam.
"Dan apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balas penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah selalu menghitung tiap-tiap sesuatu." - (Surah an-Nisaa: 86)
'Budaya lepak' secara IslamBudaya lepak bukan budaya baru. Rasulullah s.a.w tidak suka mereka yang berada di tepian jalanan. Maka, baginda tegah para sahabat membuat pekerjaan yang sia-sia di tepi jalan itu. Tapi jika kita mahu berlepak-lepak juga, hendaklah kita melaksanakan 'hak-hak jalan' itu. Maka, termasuk dalam hak jalan itu ialah menjawab salam!
Dari Abi Sa'id Al-Khudriy r.a Rasulullah s.a.w bersabda: "Jauhilah duduk-duduk di pinggir jalan!" Sahabat berkata, "Ya Rasulullah, kami tidak boleh meninggalkan majlis kami ini dan juga bercakap-cakap dalamnya."
Rasulullah berkata, "Kalau enggan meninggalkannya, maka beri hak jalan itu." Sahabat bertanya, "Apakah hak jalan itu ya Rasulullah?" kata Rasulullah, "Tundukkan pandangan, singkirkan gangguan di jalan, jawablah salam dan melakukan amar ma'ruf nahi mungkar." (Muttafaq 'alaih).
Maka, perbuatan duduk di tepi jalan atau minum-minum petang di kedai kopi dan berbual-bual itu tergolong dalam istilah budaya lepak dalam masyarakat kita. Maka, hendaklah kita menunaikan hak-hak jalan di tempat kita sedang bersantai itu. Rasulullah cuba mengelakkan kita, tapi jika hendak melakukannya, maka hendaklah menunaikan hak jalan.
Kita lihat, dakwah Hasan al-Banna pun bermula di tempat lepak juga. Seperti yang kita ketahui, Al-Banna pun memulakan dakwah di kedai-kedai makan, kedai kopi, tempat di mana berkembangnya budaya lepak dengan begitu berleluasa. Ceramah dan khutbah di masjid saja tidak cukup menyekat arus kemungkaran dalam masyarakat.
Lebih ramai orang-orang yang memerlukan seruan dakwah, tetapi mereka sukar menuju ke masjid dengan sebab perawakannya yang menyebabkan mereka sendiri sukar menuju ke masjid.
Negara Islam terbina oleh masyarakat Islam bawahan yang perlu diislamkan sepenuhnya. Cabaran hari ini ialah bagaimana mahu mengislamkan orang Islam daripada sudut jiwanya, pemikirannya. Ini kerana, masih ramai orang Islam, tetapi sikap mereka seperti Yahudi, pemikiran mereka bukanlah pemikiran Islam dan akhlak mereka tidak mengikuti saranan nabi.
Sesungguhnya, Islam bermula daripada salah satu 99 nama Allah yang baik, iaitu As-Salaam. Daripada As-Salaam ini maka istilah Islam mendapatkan namanya. Maka, perbuatan menyebarkan salam ke serata alam inilah agenda Islam yang terutama dan Negara Islam terbina daripada masyarakat Islam yang benar-benar Islam.
Kita telah lama berdakwah di dalam Parlimen, mendakwahkan orang-orang atasan. Tapi, orang-orang bawahan tidak terkena tempias angin dakwah kerana dakwah cuma terhad di atas mimbar masjid, di khutbah-khutbah Jumaat dan di Parlimen.
Salam perlu disebarluaskan ke seluruh alam, lorong-lorong kecil, tempat anak-anak muda yang kering jiwanya akibat sudah lama hidup dibelenggu oleh faham kebendaan yang mengasuh mereka mengejar kemewahan

Arkib Blog

 

@PLPDT 2009/2010 | Semua Hakcipta Adalah Terpelihara | Dikelolakan Oleh Editorial Blog Dengan Kerjasama Urusetia Penerangan PLPDT