Ramai pihak bertanya berkenaan aktiviti muslimat PLPDT yang agak kurang sebelum ini. Ini memandangkan keahlian PLPDT majoriti daripadanya adalah di kalangan muslimat.Timbalan Bendahari PLPDT Ustazah Khairunnajjah Mohammad, memberi penjelasan,
"Program untuk muslimat PLPDT akan diadakan selepas Aidil Fitri dan perbincangan akan diadakan bagi mengatasi sebarang permasalahan"
Ustazah Khairunnajjah adalah sala seorang wakil muslimat yang hadir ke mesyuarat PLPDT bagi membincangkan persediaan menjelang majlis sambutan Aidil Fitri anjuran PLPDT pada 3 Syawal ini.










Comments
0 comments to "Aktiviti Muslimat Selepas Aidil Fitri"
Catat Ulasan