Tempahan Iklan (Lihat Size)

Tempahan Iklan (Lihat Size)

Ahad, 6 Jun 2010

Jamuan Meraikan Exco PLPDT ke Yaman

0 ulasan
Exco PLPDT, merangkap Pengerusi Lajnah Penerangan & Penerbitan PLPDT, berpeluang melanjutkan pengajian ke luar negara (Yaman). Sebuah majlis jamuan diadakan bagi meraikan detik kejayaan tersebut.

Saudara Ridhuan Abdul Karim yang merupakan Pengerusi Lajnah Penerangan & Penertbitan, melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah s.w.t di atas peluang yang diterima untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.

Turut hadir pada majlis tersebut, Presiden PLPDT, Ustaz Shahril Alim. Bercerita mengenai beberapa aktiviti yang telah dijayakan oleh jamaah terhadap siiri demonstrasi yang diadakan sebagai protes kepada pencerobohan tentera Israel ke atas kapal bantuan kemanusiaan Freedom Frotilla.

Majlis jamuan yang diadakan di Restoren Asyakirin ini turut dihadiri beberapa ajk PLPDT dan ahli yang lain sebagai tanda sokongan di atas kejayaan yang dikecapi ajk PLPDT.

PLPDT mengucapkan setinggi penghargaan kepada Ustaz Ridhuan Abdul Karim dengan kejayaan yang diperolehi. Semoga dengan kejayaan ini akan meningkatkan lagi semangat untuk menuntut ilmu agama dan seterusnya pulang ke tanah air menyumbang bakti untuk masyarakat.

Rabu, 2 Jun 2010

PLPDT Mengecam Tindakan Ganas Israel

0 ulasan
Persatuan Lepasan Pelajar Darul Taqwa (PLPDT) mengecam sekeras-kerasnya terhadap serangan yang dilakukan tentera Israel terhadap konvoi kapal kemanusiaan Freedom Flotilla yang menyampaikan misi bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza.

PLPDT memandang serius kejadian yang berlaku terhadap pasukan keselamatan dengan menganggap tindakan yang dilakukan tentera Israel sebagai satu tindakan yang biadap dan tidak bertamaddun serta mengenepikan hak asasi kemanusiaan antarabangsa.

Para aktivis dalam misi menghantar bantuan kemanusiaan juga turut dituduh sebagai penyeludup yang membawa masuk senjata api kepada penduduk Palestin. Kenyataan yang dikeluarkan Israel ternyata hanya tuduhan berbaur fitnah yang sengaja dilontarkan untuk menutup segala tindakan ganas rejim tidak bertanggungjawab mereka.

PLPDT menyatakan pendirian untuk terus mengecam tindakan Israel yang dilakukan ke atas konvoi kemanusiaan Freedom Flotilla yang mengorbankan seramai 16 orang.

Walaupun tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan terhadap rakyat Malaysia yang terlibat sama dalam misi kemanusiaan ini, namun tindakan biadap yang dilakukan ke aats pasukan keamanan ini ternyata membelakangi hak asasi kemanusiaan.

PLPDT menuntut agar satu sidang khas parlimen diadakan bagi membincangkan tragedi yang berlaku dan menuntut tindakan sewajarnya dari kerajaan Malaysia agar segera mencari penyelesaian terhadap kezaliman yang dilakukan rejim Israel.

PLPDT juga menggesa agar rakyat Malaysia nekad untuk untuk memboikot segala bentuk perniagaan, barangan keperluan dan produk yang dikeluarkan oleh Yahudi Israel.



- Presiden PLPDT
 

@PLPDT 2009/2010 | Semua Hakcipta Adalah Terpelihara | Dikelolakan Oleh Editorial Blog Dengan Kerjasama Urusetia Penerangan PLPDT