
Seawal jam 6.30 petang kelihatan tetamu mula mengambil tempat untuk menikmati juadah berbuka puasa yang disediakan. Kehadiran tetamu jemputan, Ustaz Azhar Rejab dan beberapa orang guru Darul Taqwa disambut mesra oleh exco PLPDT dan lepasan pelajar Darul Taqwa.
Turut hadir di dalam majlis ini Ustaz Khairi Yunus Mantan Presiden PLPDT, beliau diberi penghormatan untuk bersama Penasihat PLPDT sepanjang majlis ini berlangsung.
Suasana meriah dapat dirasai bilamana guru-guru Darul Taqwa berceloteh dan menghiburkan tetamu yang terdiri daripada lepasan pelajar. Seorang peserta majlis saudara Abdul Muin melahirkan rasa gembira kerana dapat bersama teman-teman lepasan pelajar dari sekolah Darul Taqwa.
"Majlis ini sangat menarik kerana dihadiri oleh lepasan pelajar, kebiasaannya majlis berbuka puasa akan diadakan untuk orang awam yang dianjurkan oleh jawatankuasa masjid umpamanya. Namun, dengan pengajuran ini diharapkan ukhuwah di kalangan lepasan pelajar Darul Taqwa akan berterusan"
Selain daripada Ustaz Ahar Rejab, guru-guru Darul Taqwa yang hadir ialah Ustaz Omar P. Konyalam, Ustaz Rohisyam dan Ustaz Nasir.
Rata-rata peserta yang hadir memberikan komitmen yang baik dan mengharapkan majlis seumpama ini juga diharap dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang.
Comments
0 comments to "Majlis Berbuka Puasa PLPDT Meriah"
Catat Ulasan