Tempahan Iklan (Lihat Size)

Tempahan Iklan (Lihat Size)

Isnin, 16 Mac 2009

PERJUMPAAN PRESIDEN DENGAN BIRO HUBUNGAN LUAR DAN I.P.T

1 ulasan
GOMBAK 14 MAC (Buletin Plpdt) - Presiden PLPDT, Ustaz Mohd Shahril Bin Mohd Alim telah mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi 2 Biro Hubungan Luar dan I.P.T (Institusi Pengajian Tinggi) iaitu Ustaz Jailani Bin Mamat dan Ustazah Ida Rayani binti Muhamad di Cafe Mahalah Nusaibah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada pukul 6.00 malam semalam.



Majlis itu yang dipengerusikan sendiri oleh Presiden, banyak menceritakan tentang motif penubuhan Biro itu. Pengerusi dan Timbalannya tidak kering gusi mencadangkan pada Persatuan dan Biro itu sendiri bagi menguatkan lagi Persatuan dan merialisasikan apa yang telah kita cadangkan sebelum ini.



Bagi Pengerusi Biro, Lawatan Presiden ke setiap Biro-biro ini menyuntik semangat dan berjanji akan membantu Persatuan dan Madrasah sedaya mungkin bagi menyambung perjuangan dahulu yang inginkan Madrasah dan keluarannya menjadi Ulama',Umarak dan Pejuang agama Allah dimasa akan datang.



Majlis itu berkesudahan tepat jam 7.15 petang dan jamuan disediakan oleh Biro bagi meraikan kedatangan Presiden.
- Unit Penerangan PLPDT

Comments

1 comments to "PERJUMPAAN PRESIDEN DENGAN BIRO HUBUNGAN LUAR DAN I.P.T"

hotelmelaka berkata...
14 Julai 2009 7:31 PTG

SALAM...JOM BUAT FAMILY DAY DI MELAKA .. KAT SINI ADA PROMOSI MENARIK http://hotelmelaka.wordpress.com/

Catat Ulasan

 

@PLPDT 2009/2010 | Semua Hakcipta Adalah Terpelihara | Dikelolakan Oleh Editorial Blog Dengan Kerjasama Urusetia Penerangan PLPDT