Tempahan Iklan (Lihat Size)

Tempahan Iklan (Lihat Size)

Sabtu, 21 Mac 2009

Temuramah dengan PRESIDEN

0 ulasan
BATU ENAM 22 MAC 2009 (Buletin PLPDT) Selepas perjumpaan PRESIDEN dengan Biro Penerangan, Multimedia dan Inovasi. Unit Penerangan telah membuat temujanji dengan PRESIDEN untuk mengadakan sesi temuramah dan bertujuan untuk mengetahui serba sedikit perkara-perkara yang akan diumumkan tentang belanjawan bagi PLPDT dan Biro-biro untuk tahun ini dan aktiviti-aktiviti perdana yang melibatkan Asatizah Madrasah Dar Attaqwa, Majlis Ibu Bapa dan Guru serta Ahli-ahli yang berminat. Biro difahamkan oleh PRESIDEN sendiri yang beliau akan membentangkan belanjawan dan perutukan bagi setiap Biro-biro untuk Program bagi tahun ini selepas perjumpaan dengan biro-biro yang hanya berbaki 3 biro lagi dan dalam masa yang sama akan merasmikan KELAB USAHAWAN yang telah siap organisasinya.

Tegas Presiden lagi, Program pertama PLPDT bagi tahun ini ialah mengadakan Rehlah Mahabbah Perdana bilamana cukup bajet dan setelah menemui tempat yang sesuai dengan bilangan peserta yang dijangkakan melebihi 70 orang. Ini kerana pada permulaannya, PLPDT membuka penyertaan hanya pada Ahli-ahli sahaja tetapi permintaan daripada Para Asatizah agar dibuat sekaligus dengan penyertaan Majlis Ibu Bapa dan Guru yang baru dipilih adalah kerana bukan sahaja dapat menjalinkan hubungan tetapi dapat menjimatkan kos dan boleh dimasukkan dalam takwim Madrasah.Berkemungkinan besar, PLPDT akan bergabung dengan Majlis Ibu Bapa dan Guru kerana masing-masing mempunyai Ahli yang ramai dan dapat berkerjasama untuk program perdana ini. Pengumuman ini akan dibuat selepas perjumpaan PRESIDEN dengan wakil Biro-biro dan Majlis Ibu Bapa dan Guru.


Kami juga difahamkan. Rehlah Mahabbah Perdana dibuka pada kesemua Ahli-ahli PLPDT, Para Asatizah dan Majlis Ibu Bapa dan Guru yang akan dimaklumkan dalam masa yang terdekat ini bagi bertujuan mengadakan kutipan yuran secara berperingkat agar tidak membebankan peserta-peserta yang ingin menyertainya. Rehlah Mahabbah Perdana ini di adakan bertujuan memperkenalkan Barisan Kepimpinan baru yang menerajui PLPDT bagi tahun 2009-2010 dan merapatkan lagi jalinan dengan Ahli-ahli PLPDT, Asatizah Madrasah dan Majlis Ibu Bapa dan Guru itu sendiri. Jika tiada masalah dan halangan ataupun pertembungan program seperti Pilihanraya kecil yang terdekat ini dan muktamar tahunan, Perbentangan akan dibuat pada pertengahan bulan 4 bagi sesi ini. tertakluk pada pindaan.

Kami dari bilik Buletin akan menyampaikan berita terkini tentang aktiviti-aktivi Madrasah dan Persatuan dari masa kesemasa kepada Ahli-ahli PLPDT dan pengunjung sepertimana yang dikehendaki oleh pihak pimpinan.
-Unit Penerangan

Comments

0 comments to "Temuramah dengan PRESIDEN"

Catat Ulasan

 

@PLPDT 2009/2010 | Semua Hakcipta Adalah Terpelihara | Dikelolakan Oleh Editorial Blog Dengan Kerjasama Urusetia Penerangan PLPDT