
Tempahan Iklan (Lihat Size)

Ahad, 29 Mac 2009
Jumaat, 27 Mac 2009
PEMBENTUKAN KELAB USAHAWAN
Ahli mesyuarat sepakat bersetuju melantik Pengurus Syarikat dNur Optimetris selaku Ketua Kelab Usahawan PLPDT yang pertama. Perlantikan ini dibuat berdasarkan komitmen yang telah ditunjukkan oleh saudara mohd Abdul Hadi sebelum ini dan berpandukan pengalaman beliau yang sentiasa menjadi tulang belakang kepada persatuan dan kebiasaannya dalam pengurusan persatuan ini yang berusia hampir dua abad ini.
Beliau berjanji akan memberi sepenuh perhatian dalam kadar kemampuan untuk merialisasikan impian PLPDT untuk menjadi tulang belakang Madrasah Darattaqwa yang disebut-sebut oleh orang kampung sebagai Pusat Tarbiyyah yang terulung di Kuala Nerus ini.
Dalam masa yang sama banyak Plan Ekonomi yang dibentangkan oleh Pengerusi Biro Kewangan dan Usahawan untuk dilaksanakan dalam masa yang terdekat ini selepas mendapat perkenan Penasihat PLPDT iaitu AlFadhil Ustaz Azhar Rejab yang bersama untuk memajukan ekonomi Persatuan ini.
Selepas 2 jam mengadakan perbincangan secara terperinci. Majlis itu berkesudahan tepat jam 12.00 tengah hari dan ditutup oleh Pengerusi Biro dengan Surat Wal asyh dan Tasbih Kaffarah. - Unit Penerangan PLPDT
Rabu, 25 Mac 2009
Perjumpaan Presiden dengan Biro Penerangan, Media dan Inovasi
Majlis itu yang dipengerusikan sendiri oleh Presiden, banyak menceritakan tentang motif penubuhan Biro itu dan bidang tugas yang akan dilaksanakan oleh Biro ini. Pengerusi dan Timbalannya sedikit sebanyak mencadangkan kepada Persatuan beberapa program dan cadangan bagi memantapkan Biro itu sendiri bagi menguatkan lagi Persatuan dan merialisasikan apa yang telah kita cadangkan sebelum ini berjalan lancar selari dengan kehendak Allah Azzawajalla.
Bagi Pengerusi Biro, Blog Rasmi PLPDT sangat penting dalam menjayakan misi persatuan. Sambil itu beliau memberi keyakinan akan sentiasa memberi kerjasama dan komitmen kepada PLPDT dan Presiden sendiri di samping sentiasa mengemas kini blog ini dari masa kesemasa untuk tatapan Ahli-ahli PLPDT dan para pengunjung.
Majlis itu ditangguhkan tepat jam 6.00 petang dengan Tasbih kaffarah dan Surah Al-asy dan jamuan ringan disediakan oleh Pihak Biro bagi meraikan kedatangan Presiden.

- Unit Penerangan PLPDT
Sabtu, 21 Mac 2009
Temuramah dengan PRESIDEN


Kami dari bilik Buletin akan menyampaikan berita terkini tentang aktiviti-aktivi Madrasah dan Persatuan dari masa kesemasa kepada Ahli-ahli PLPDT dan pengunjung sepertimana yang dikehendaki oleh pihak pimpinan.
-Unit Penerangan
Jumaat, 20 Mac 2009
LAWATAN MUHIBBAH
Peluang itu diambil oleh PLPDT bagi mengwujudkan ukhuwwah diantara Dar-dar yang telah dimulakan oleh pihak Madrasah yang bertujuan menyatukan sekolah Agama Rakyat (Dar-dar) dibawah satu rumpun yang melambangkan keakraban dan penyatuan fikrah dalam merialisasikan asas penubuhan Madrasah iaitu bersatu mentarbiyyah masyarakat.
Kunjungan itu diketuai oleh Presiden PLPDT yang diiringi oleh Timbalan Presiden iaitu Ustaz Khairi Yunuf, Pengerusi Biro Penerangan, Multimedia dan Inovasi iaitu Ustaz Wan mohd Nasiruddin dan Timbalan Pengerusi 1 Biro Kebudayaan, sukan dan Kesenian iaitu Ustaz Amirluddin bin Yusuf yang disambut oleh Presiden PPLDI iaitu Mujahid dan Setiausaha PPLDI
Majlis itu berlangsung selama satu jam yang banyak menekankan tentang pengenalan dan modus operandi persatuan masing-masing. Presiden PLPDT memberi jaminan untuk memberi tunjuk ajar dan pengalaman yang ada kepada PPLDI. Harapan Presiden PLPDT, semoga hubungan ini dapat menguatkan lagi usaha mendidik ahli Persatuan masing-masing agar menjaga akhlak dan nama baik Madrasah. Dalam Masa yang sama menjadi contoh pada masyarat umum.
-Unit Penerangan PLPDT
Isnin, 16 Mac 2009
PERJUMPAAN PRESIDEN DENGAN BIRO HUBUNGAN LUAR DAN I.P.T
Majlis itu yang dipengerusikan sendiri oleh Presiden, banyak menceritakan tentang motif penubuhan Biro itu. Pengerusi dan Timbalannya tidak kering gusi mencadangkan pada Persatuan dan Biro itu sendiri bagi menguatkan lagi Persatuan dan merialisasikan apa yang telah kita cadangkan sebelum ini.
Bagi Pengerusi Biro, Lawatan Presiden ke setiap Biro-biro ini menyuntik semangat dan berjanji akan membantu Persatuan dan Madrasah sedaya mungkin bagi menyambung perjuangan dahulu yang inginkan Madrasah dan keluarannya menjadi Ulama',Umarak dan Pejuang agama Allah dimasa akan datang.
Majlis itu berkesudahan tepat jam 7.15 petang dan jamuan disediakan oleh Biro bagi meraikan kedatangan Presiden.
- Unit Penerangan PLPDT
Sabtu, 14 Mac 2009
PROGRAM PERTAMA : PIALA TUAN HAJI MUDIR, MADRASAH DAR ATTAQWA.
sukacitanya kami BIRO KEBUDAYAAN, SUKAN DAN KESENIAN ingin meneruskan idea yang diutarakan oleh PRESIDEN untuk menganjurkan PIALA MUDIR MADRASAH DAR ATTAQWA dalam masa terdekat ini.
Kita akan jalinkan hubungan dengan Asatizah dengan meminta Asatizah menghantar satu kumpulan dengan persembahan khas daripada Tuan Mudir, Majlis Ibu Bapa dan Guru dua atau tiga kumpulan dan kita Ahli lepasan Pelajar menghantar sebanyak mungkin bagi memeriahkan program ini.
kami akan umumkan Tarikh dan Aturacara selepas mesyuarat dengan PRESIDEN bagi mengesahkan JawatanKuasa Biro secepat mungkin.
Kami memohon kerjasama dari pada kawan-kawan, sahabat-sahabiah untuk bersama-sama menjayakan program ini.
Sekian, Wassalamualaikum WBT.
"Majulah Sukan untuk Menegakkan kalimah Allah"
Penyelaras BIRO KEBUDAYAAN, SUKAN DAN KESENIAN.
Isnin, 9 Mac 2009
PROGRAM PELAJAR TAHUN 5
Dijemput semua saudara-saudari, ustaz-ustazah untuk membantu sebagai Fesilitator ke
KEM ANAK SOLEH DAN SOLEHAH 1
Pada : Hari Khamis dan Jumaat
Tarikh : 12 dan 13 haribulan 3 2009
Masa : 2.00 petang (waktu Pendaftaran)
Tempat : Madrasah Darut Taqwa, batu Enam.
Ketua Fesiletator : Ustaz Khairi Yunus (013-9043446)
kita memerlukan 25 orang Fasiletator dari kalangan abang-abang lepasan untuk membantu Asatizah kita yang ikhlas mendidik tanpa jemu sehingga kita berjaya hari ini berkat dari keikhlasan asatizah kita di darut Taqwa. Bagi yang berkelapangan boleh lah menghubungi ketua fesi untuk record kedatangan. Kita mengharapkan, segala usaha kita ini, sekurang-kurangnya dapat mengurangkan sedikit bebanan dalam masa yang sama kita dapat mengukuhkan ukhuwwah dan bergurau senda bersama Asatizah Dar Attaqwa.
"SEMOGA ALLAH SWA MEMBALAS SEGALA BANTUAN YANG KITA CURAHKAN PADA SEKOLAH"
Sirru Aala Barakatillah,Wassalamualaikum Wbt
Presiden
2009-2010
GAGASAN BARU
CARTA ORGANISASI PLPDT 2009-2010
PENAUNG
AlFadhil Ustaz Mohammad Yaakob
MUDIR MADRASAH DARUT TAQWA
PENASIHAT TERTINGGI
AlFadhil Ustaz Hazha B. Rejab
PK HEM MADRASAH DARUT TAQWA
Saudara Ahmad Tarmizi Bin Salleh
014-8088388
PRESIDEN
Ustaz Mohd Shahril B. Mohd Alim
Ustaz SK DUNGUN, TERENGGANU
mardhatilah8482@yahoo.com
TIMBALAN PRESIDEN 1
Ustaz Khairi Bin Yunus
SETIAUSAHA
Ustaz Rohisyam B. Ramli
Ustaz Madrasah Dar Attaqwa
Ustaz Tusyen PASTI Pintar, Losong, Terengganu.
TIMBALAN SETIAUSAHA 1
Saudara Ahmad Suhail Bin Zakaria
PUSAT TRAVEL IMTIYAZ
Ustazah Sujaihah binti Isa
BENDAHARI
Ustaz Ibrahim bin Haji Harun
PENGURUS BESAR RESTORAN NASI AYAM BATU 6
TIMBALAN BENDAHARI
Ustazah Khairunnajjah binti Haji Mohammad
PEGAWAI PENTADBIRAN INDAH DESIGN SDN. BHD.
PENGERUSI BIRO PENERANGAN, MULTIMEDIA DAN INOVASI
Ustaz Wan Mohammad Nasiruddin bin Wan Ahmad
Mastermind club Usahawan
PENGERUSI BIRO KEWANGAN DAN KEUSAHAWANAN
Ustaz Ibrahim bin Haji Harun
Diploma Syariah dan Sijil Pondok
PENGURUS BESAR RESTORAN NASI AYAM BATU 6
Diploma Pengurusan, Universiti Darul Iman Malaysia
Berniaga
PENGERUSI BIRO PENDIDIKAN DAN HAL EHWAL AGAMA
Ustaz Adnan bin Seman
Ustaz SK Ajil
Ustaz SR Ibnu Qayyim, Pasir Panjang
013-9652656
SETIAUSAHA
Ustazah Siti Fatimah binti Abdullah
Koleg Universiti Darul Quran Islamiah
AJK
Tuan Syarifah Faridah
Koleg Universiti Darul Quran Islamiah
PENGERUSI BIRO HUBUNGAN LUAR DAN IPT
Ustaz Jailani Bin Mamat
Lepasan Abu Nour, Syiria
Penceramah Bebas
Ustazah Maisarah Binti Abdul Karim
AJK
PENGERUSI BIRO KEBAJIKAN DAN KEMASYARAKATAN
Koleg Universiti Darul Quran Islamiah
Ustaz Rozi Aziron Bin Mat Rudin
Ustaz SK Padang Air
Saudara Azamuddin Bin Muhammad
AJK
PENGERUSI BIRO KESENIAN, SUKAN DAN KEBUDAYAAN
Ustaz Abdul Rahman Bin Ustaz Awang Nasaruddin
Lepasan Abu Nour, Syria
Penceramah Bebas
Ustaz Amirluddin
SETIAUSAHA
AJK
Hajar Hijriah Binti Zakaria
Koleg Universiti Darul Quran Islamiah
KEPUTUSAN MESYUARAT
Syukur pada Allah subhanawataala kerana telah memberi peluang untuk kita menjayakan Mesyuarat Pengesahan Jawatan bersama penasihat Al-Fadhil Ustaz Azhar Rejab.
Banyak isi sari cerita dari mula-mula tertubuhnya Madrasah hingga sekarang. Banyak liku-liku yang dilalui pejuang-pejuang dahulu yang akan diceritakan dimasa akan datang untuk pengetahuan ahli-ahli sekelian. Disini saya akan maklumkan organisasi yang telah disahkan oleh Mesyuarat Sebentar tadi.
Sehubungan dengan itu kami memohon kerjasama dari ahli agar memberi ketaatan kepada pimpinan kelagimana tidak bercanggah dengan syariat.
Dengan itu kami akan mengumumkan Plan Perancangan Tahunan untuk tantapan dan rujukan Saudara-Saudari sekelian.
Sekian, Wassalamualaikum WBT.
"Mendukung Perjuangan Madrasah"
Yang Menjalankan Amanah,
..................................................
Ustaz Rohisyam B. Ramli
Setiausaha Agong PLPDT
2009-2010
Ahad, 1 Mac 2009
MESYUARAT JAWATANKUASA PLPDT 2009-2010

Saya dengan berbesar hati menjemput saudara-saudari yang dilantik sebagai pimpinan PLPDT bagi sesi 2009-2010 pada 21-2-2009 ke Mesyuarat pertama bersama pengasas Alfadhil Ustaz Azhar Rezab di Bilik Mesyuarat Darul Taqwa
Pada : 9hb Mac 2009
Hari : Isnin
Pukul : 9.00 pagi
kehadiran saudara-saudari saya ucapkan jazakumullah. semoga Allah membalasnya
sekian, Wassalamualaikum.
Setiausaha Agong 2009-2010
TIP ELAK HISTERIA : Tok Guru Dr. Haron Din saran amalkan MUAWIZAT
Kejadian histeria adalah fenomena yang sering berlaku di sekolah-sekolah berasrama penuh yang perlu diambil perhatian oleh pelbagai pihak di samping mengamalkan beberapa kaedah, amalan dan doa tertentu bagi mengatasi gejala terbabit.
Bagi menghindari kejadian histeria atau rasuk akibat gangguan makhluk halus berulang di kalangan para pelajar sekolah asrama mahupun orang awam, salah satu amalan dan petua yang sebaiknya diamalkan ialah Muawizat.
Muawizat adalah surah-surah yang terdiri daripada surah al-Ikhlas,al-Falaq dan an-Nas yang dibaca setiap hari baik sebelah pagi atau pada sebelah malam, selain hadis sahih Rasulullah s.a.w menyebut ayatul Qursi juga turut dibaca bagi menghindari kejahatan dan gangguan makhluk halus.
Demikia

Beliau turut menjelaskan beberapa punca yang menyebabkan terjadinya kerasukan di kalangan para pelajar antaranya ialah berlaku 'breakdown' pada perasaan atau jiwa seseorang disebabkan tekanan (tension) belajar yang terlalu tinggi di samping kelemahan seseorang mengalami emosi ketakutan yang bersangatan sehingga memudahkan gejala makhluk halus mengganggu hingga terjadinya histeria.
"Ketakburan juga boleh menyebabkan histeria iaitu berani yang terlampau sehingga mengganggu atau mencabar tempat-tempat yang dipercayai ada makhluk halus," katanya yang kini berada di Langkawi ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.
"Selain itu, akibat manusia yang menceroboh kawasan 'mereka' hingga mereka datang 'membalas' pula.
"Dan fenomena ini tidak hanya berlaku di sekolah-sekolah agama, sekolah biasa atau berasrama penuh sahaja tetapi juga banyak terjadi di kilang-kilang serta tempat orang berkenduri kendara," kata pengamal perubatan Islam itu.
'Pindahkan' makhluk halus ke kawasan lain. Ini menjelaskan lagi katanya bahawa dunia ini tidak didiami oleh manusia sahaja malah turut dihuni oleh makhluk-mahkluk lain juga yang dikenali dengan pelbagai nama dan oleh yang demikian manusia sewajarnya tidak sewenang-wenangnya menceroboh kawasan 'mereka' atau lebih baik lagi berdoa kepada Allah SWT supaya dihindari dari gangguan jin syaitan mahupun makhluk halus. "Sebaik-baiknya sebelum buat bangunan atau sekolah di satu-satu kawasan, perlu berdoa terlebih dahulu supaya dilindungi ataupun 'memindahkan' makhluk tersebut ke kawasan yang lain," katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa Rasullulah juga turut berdoa kepada Allah agar dilindungi daripada diganggu oleh makhluk yang mendiami alam ghaib ini.
Doa tersebut katanya berbunyi begini: "Wahai bumi, tuhanku dan tuhanmu sama iaitu Allah, aku mohon perlindungan Allah daripada kejahatanmu dan kejahatan yang keluar darimu, dan kejahatan yang turun atasmu, kejahatan yang melata atasmu seperti binatang berbisa dan mahkluk halus yang mendiami tempat ini serta keturunan-keturunan mereka."
Sebelum itu, Mufti Selangor, Dato' Mohd Tamyes Abd Wahid, yang turut mengulas kejadian terbabit dilaporkan berkata bahawa apabila seseorang takut kepada syaitan dan makhluk halus seperti jin, ia hanya akan menyebabkan makhluk itu semakin bongkak.
Jangan tinggal solat "Kita ambil contoh, kadang-kadang pelajar yang tinggal di asrama, khususnya pelajar perempuan, sering ditakut-takutkan dengan kewujudan 'penunggu' di bilik air dan disuruh berhati-hati sehingga akhirnya mereka percaya," katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan pelajar di sekolah berkenaan tidak meninggalkan solat dan menjaga disiplin dan apabila seseorang meninggalkan solat, amat mudah syaitan mengganggu menyebabkan kejadian seperti histeria.
Mohd Tamyes yang mempunyai pandangan yang sama dengan Tok Guru Haron Din berkata, mahkluk halus seperti jin berada di sekeliling manusia, cuma ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Seperti manusia, katanya, ia memiliki tempat tinggal dan selalunya menghuni rumah yang ditinggalkan kosong.
"Semua pelajar perlu berhati-hati dan mempunyai kekuatan diri supaya tidak mudah dirasuk serta tidak mudah takut dengan gangguan syaitan dan iblis,katanya - azm
(Interbiu dengan Tok Guru Dato' Haron Din berhubung kes histeria ini dibuat dua tahun lalu, sekadar panduan dan rujukan kepada yang terlibat dan yang mahu mengambil pengajaran daripadanya- wallahualam)