Tempahan Iklan (Lihat Size)
Ahad, 26 Disember 2010
Browse > Home / / Tolong Hebahkan : Pendaftaran Pelajar Tahfiz 2011
Tolong Hebahkan : Pendaftaran Pelajar Tahfiz 2011
Ahad, 12 Disember 2010
Browse > Home / / Program Fatayat Indoor Games Muslimat
Program Fatayat Indoor Games Muslimat
Berita menarik untuk muslimat PLPDT, sebuah program sukan khas untuk muslimat akan diadakan di Terengganu Equetrian Resort (TER). Program yang akan diadakan pada 16 Disember 2010 (Khamis), dari jam 9 pagi hingga 1 tengahari ini akan dirasmikan oleh Presiden PLPDT, Ustaz Shahril Alim. Yuran program adalah RM5 untuk setiap peserta. Peserta dikehendaki berkumpul di Masjid Terapung (persimpangan ke TER). Rebutlah peluang ini untuk sama-sama merapatkan kembali hubungan silaturrahim.
Selasa, 7 September 2010
Browse > Home / / Kembara Ramdhan ke 5 (Dana Bangunan Tahfiz)
Kembara Ramdhan ke 5 (Dana Bangunan Tahfiz)
Kembara Ramadhan (kutipan Dana bangunan Tahfiz MDT) Episod Terakhir
Alhamdulillah, brjaya bawa pulang kpd MDT sebanyak RM5059.30Presiden mengatur Pamplet DANA Bangunan Tahfiz Madrasah Darul Taqwa di Surau Keramat, AU 2, Kuala Lumpur.
Browse > Home / / Kembara Ramdhan ke 4 (Zakat Asnaf 8)
Kembara Ramdhan ke 4 (Zakat Asnaf 8)
kembara Ramadhan diteruskan dengan Presiden menyampaikan Zakat asnaf 8 ke kpd Lepasan yg menuntut di Timur tengah yg telah berkahwin, mereka terdiri drpd :
-Ustaz Syafizi sekeluarga
-Ustaz Khairul Nizam sekeluarga
-Ustaz Alif Mahari sekeluarga
-Ustaz Amir Azhar sekeluarga
Ustaz Syafizi mewakili sahabat-sahabat di mesir
Isnin, 30 Ogos 2010
Browse > Home / / KEMBARA RAMADHAN 3 (Dana Bangunan Tahfiz)
KEMBARA RAMADHAN 3 (Dana Bangunan Tahfiz)
Di Masjid Institut Latihan Perindustrian, Jalan kuchai lama, Kuala Lumpur.
KEMBARA terus memanfaatkan bulan ramadhan dengan aktiviti berikutnya " mengumpul dana untuk MADRASAH DARUL TAQWA "
Perjalanan kami diteruskan ke Masjid :

- Masjid Rahimin, Klang
- Surau Firdaus, Damansara
- Surau Al-Huda, Damansara
Ahad, 22 Ogos 2010
Browse > Home / / KEMBARA RAMADHAN 2 (Dana Bangunan Tahfiz)
KEMBARA RAMADHAN 2 (Dana Bangunan Tahfiz)
Di Masjid Saidina Hamzah, Batu Caves, Kuala Lumpur.
KEMBARA terus memanfaatkan bulan ramadhan dengan aktiviti berikutnya " mengumpul dana untuk MADRASAH DARUL TAQWA "
Ustaz Abdul 'Alim (Tim. Biro Pendidikan PLPDT) dan Ustaz Jailani Mamat (Setiausaha PLPDT)
Ustaz Nasiruddin (Tim. Syura PLPDT), Kakitangan M.A.S, Ustaz Abdul 'Alim (Tim. Biro Pendidikan PLPDT)
jazakallah kepada A.J.K Masjid Saidina Hamzah, Batu caves terutamanya imam yg bertugas pada mlm itu - sahabat kita & merupakan lepasan pelajar DARUL TAQWA,sdra Ust. Abdul Halim Zakaria & seluruh kepada dermawan - Moga sumbangan sdra/ri mendapat ganjaran yg berganda sempena bulan mulia ini.
Berehat seketika untuk kerahan tenaga keesokan harinya. 3 wakil lepasan terdiri daripada Presiden, Setiausaha & Timbalan Syura PLPDT. Sama2 mendoakan, moga2 dipermudahkan segala urusan..

Presiden PLPDT Iftar bersama ahli qaryah Masjid Saidina Hamzah
Orang Ramai menderma selepas Solat Teraweh
Hampir RM3000 berjaya dikutip daripada masyarakat Kota yang Budiman
Orang Ramai menderma selepas Solat Teraweh
Hampir RM3000 berjaya dikutip daripada masyarakat Kota yang Budiman
jazakallah kepada A.J.K Masjid Saidina Hamzah, Batu caves terutamanya imam yg bertugas pada mlm itu - sahabat kita & merupakan lepasan pelajar DARUL TAQWA,sdra Ust. Abdul Halim Zakaria & seluruh kepada dermawan - Moga sumbangan sdra/ri mendapat ganjaran yg berganda sempena bulan mulia ini.
Berehat seketika untuk kerahan tenaga keesokan harinya. 3 wakil lepasan terdiri daripada Presiden, Setiausaha & Timbalan Syura PLPDT. Sama2 mendoakan, moga2 dipermudahkan segala urusan..
Rabu, 18 Ogos 2010
Browse > Home / / KEMBARA RAMADHAN 1 ( Ustaz Said)
KEMBARA RAMADHAN 1 ( Ustaz Said)
Alhamdulillah, diatas keperihatinan seorang Ahli PLPDT kepada Asatizah MDT, dia meminta PLPDT sebagai orang tengah untuk menyampaikan hajatnya kepada Ustaz Said di rumahnya, Kg. Pulau Duyung. Semoga Allah menerima amalan kami ini, Amin.
Kami memerlukan lebih banyak lagi sumbangan daripada kalian bagi membantu tenaga pengajar Madrasah Darul Taqwa dan Ahli PLPDT yang melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Presiden menyampaikan sedikit sumbangan kepada AlFadhil Ustaz syed ( Tenaga Pengajar Madrasah Dar-AtTaqwa )
Setiausaha Agung juga turut serta menyampaikan sedikit sumbangan kepada AlFadhil Ustaz syed ( Tenaga Pengajar Madrasah Dar-AtTaqwa )
Foto : Ustaz Wan Mohd Nasiruddin Wan Ahmad

Isnin, 16 Ogos 2010
Browse > Home / / Perutusan Ramadhan - PRESIDEN
Perutusan Ramadhan - PRESIDEN
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullah dan selamat sejahtera.
Bersyukur kehadhrat Allah S.W.A, Tuhan yang Maha Tinggi dan yang Maha Pengampun. Selawat dan Salam buat Junjungan Mulia Rasulullah S.A.W, Ahli Keluarganya, Para Sahabat dan Pejuang-pejuang dijalan Allah semua.
Alhamdulillah kerana kita berjumpa lagi dibulan Ramadhan, bulan yg penuh dengan rahmat dan keberkatan. Maka marilah kita mensyukurinya dengan mentaati segala perintah Allah, memelihara puasa dan menghidupkan malamnya dengan pelbagai ibadah. Ramadhan bukan sahaja bulan puasa, tetapi ia juga Bulan ibadah, Bulan al-Quran, Bulan silaturrahim sesame kita, Bulan perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan, Bulan memisahkan antara hak dan bathil.
PLPDT juga tidak melepaskan peluang dibulan Ramadhan ini untuk bersama-sama mencari keredhaan Allah azzawajalla dengan mengadakan beberapa Aktiviti-aktiviti untuk Guru-guru dan Ahli PLPDT yang memerlukan bantuan dan sokongan dari segi moral dan kewangan. Kami merasa perlu untuk menghantar sedikit sumbangan pada bekas guru yang dalam keuzuran dan ahli-ahli yg sedang menuntut ilmu Allah sama ada ditanah Air atau ditimur tengah bagi mengurangkan sedikit bebanan yang mereka tanggung.
Diantarnya ialah bekas Guru yang akan kita bantu ialah Alfadhil ustaz Said yang sekarang ini tidak dapat meneruskan tugasnya sebagai guru kerana penyakit kencing manis yang agak kronik dan Ahli - ahli yang kita yang akan dibantu juga ialah yang sedang menuntut ilmu di Malaysia dan Tanah Arab atas kadar peruntukan kewangan yang kita perolehi dari rakan-rakan kita yang ikhlas menyumbang zakat.
kita masih lagi memerlukan sokongan kewangan agar gerak kerja kami tidak terbalas kerana kekurangan dana dalam melaksanakan tugas. ini kerana kami bergantung kewangan daripada sumbangan kalian selain daripada sumber ekonomi yang sedia ada.
saya mengharapkan bersempena Bulan Ramadhan yang mulia ini, kita dapat mengambil peluang ini dengan membantu dan tidak membiarkan Persatuan kita ini berkubur disebabkan kita tidak perihatin terhadapnya. Telah banyak gerak kerja yang telah kami lakukan untuk membantu sekolah agama yang penuh keberkatan ini untuk terus beroperasi dan berdiri gagah membentuk syahksiah mulia umat Islam di Negeri Terengganu ini.
Akhirnya, saya merayu kepada ahli-ahli yang cintakan gerak kerja islam, agar tidak memandang sebelah mata kewujudan PLPDT ini, bahkan membantu agar kami dapat memberikan khidmat yang terbaik yang diterima oleh allah S.W.A. Semoga pertolongan rakan-rakan dapat menumbuhkan benih-benih islam untuk Negeri kita ini hasil dari Program-program yang akan kita laksanakan dimasa akan datang. Selamat memburu Lailatul Qadar dan meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah S.W.A
Wassalamualaikum wrt. wbth.
Mohd Shahril Mohd Alim
Presiden PLPDT
2009-2010
Ahad, 6 Jun 2010
Browse > Home / / Jamuan Meraikan Exco PLPDT ke Yaman
Jamuan Meraikan Exco PLPDT ke Yaman
Exco PLPDT, merangkap Pengerusi Lajnah Penerangan & Penerbitan PLPDT, berpeluang melanjutkan pengajian ke luar negara (Yaman). Sebuah majlis jamuan diadakan bagi meraikan detik kejayaan tersebut.
Saudara Ridhuan Abdul Karim yang merupakan Pengerusi Lajnah Penerangan & Penertbitan, melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah s.w.t di atas peluang yang diterima untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.
Turut hadir pada majlis tersebut, Presiden PLPDT, Ustaz Shahril Alim. Bercerita mengenai beberapa aktiviti yang telah dijayakan oleh jamaah terhadap siiri demonstrasi yang diadakan sebagai protes kepada pencerobohan tentera Israel ke atas kapal bantuan kemanusiaan Freedom Frotilla.
Majlis jamuan yang diadakan di Restoren Asyakirin ini turut dihadiri beberapa ajk PLPDT dan ahli yang lain sebagai tanda sokongan di atas kejayaan yang dikecapi ajk PLPDT.
PLPDT mengucapkan setinggi penghargaan kepada Ustaz Ridhuan Abdul Karim dengan kejayaan yang diperolehi. Semoga dengan kejayaan ini akan meningkatkan lagi semangat untuk menuntut ilmu agama dan seterusnya pulang ke tanah air menyumbang bakti untuk masyarakat.

Rabu, 2 Jun 2010
Browse > Home / / PLPDT Mengecam Tindakan Ganas Israel
PLPDT Mengecam Tindakan Ganas Israel
Persatuan Lepasan Pelajar Darul Taqwa (PLPDT) mengecam sekeras-kerasnya terhadap serangan yang dilakukan tentera Israel terhadap konvoi kapal kemanusiaan Freedom Flotilla yang menyampaikan misi bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza.
PLPDT memandang serius kejadian yang berlaku terhadap pasukan keselamatan dengan menganggap tindakan yang dilakukan tentera Israel sebagai satu tindakan yang biadap dan tidak bertamaddun serta mengenepikan hak asasi kemanusiaan antarabangsa.
Para aktivis dalam misi menghantar bantuan kemanusiaan juga turut dituduh sebagai penyeludup yang membawa masuk senjata api kepada penduduk Palestin. Kenyataan yang dikeluarkan Israel ternyata hanya tuduhan berbaur fitnah yang sengaja dilontarkan untuk menutup segala tindakan ganas rejim tidak bertanggungjawab mereka.
PLPDT menyatakan pendirian untuk terus mengecam tindakan Israel yang dilakukan ke atas konvoi kemanusiaan Freedom Flotilla yang mengorbankan seramai 16 orang.
Walaupun tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan terhadap rakyat Malaysia yang terlibat sama dalam misi kemanusiaan ini, namun tindakan biadap yang dilakukan ke aats pasukan keamanan ini ternyata membelakangi hak asasi kemanusiaan.
PLPDT menuntut agar satu sidang khas parlimen diadakan bagi membincangkan tragedi yang berlaku dan menuntut tindakan sewajarnya dari kerajaan Malaysia agar segera mencari penyelesaian terhadap kezaliman yang dilakukan rejim Israel.
PLPDT juga menggesa agar rakyat Malaysia nekad untuk untuk memboikot segala bentuk perniagaan, barangan keperluan dan produk yang dikeluarkan oleh Yahudi Israel.
- Presiden PLPDT

Rabu, 17 Mac 2010
Browse > Home / / Selamat Pengantin Baru Suhail & Isteri
Selamat Pengantin Baru Suhail & Isteri
Allah S.W.T berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud:
"Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)
Persatuan Lepasan Pelajar Darul Taqwa (PLPDT) merakamkan ucapan tahniah kepada pasangan bahagia yang baharu saja mendirikan rumahtangga saudara Ahmad Suhail bin Zakaria dan isteri.
Saudara Ahmad Suhail merupakan lepasan pelajar Darul Taqwa dan banyak menyumbangkan tenaga untuk PLPDT. Beliau juga banyak menyumbangkan jasa untuk jamaah Islam di Terengganu dengan mengambil pendekatan politik dan pertubuhan pelajar.
Masjid ar-Raudhah, Kem Tentera Udara, Bukit Puteri, menjadi pilihan bagi pasangan ini untuk melangsungkan lafaz keramat (ijab qabul) ikrar setia hidup bersama.
Upacara aqad nikah ini dilaksanakan oleh Ustaz Mohd Zin Hassan. Sementara majlis kenduri pula diadakan di Kampung Padang Luas.
Kehadiran ramai pimpinan dan rakan - rakan dari PLPDT mahupun teman - teman lain membuktikan kemeriahan majlis ini berjaya diterapkan melalui kerjasama dan muafakat keseluruhannya.
بارك الله لك وبارك عليك وجمع بينكما في خير

Isnin, 8 Mac 2010
Browse > Home / / Terima Kasih Semua - Abd Rahman Awang
Terima Kasih Semua - Abd Rahman Awang
Rehlah Kepimpinan dan Hari Keluarga PLPDT (RK&HK 2010) berlangsung dengan jayanya. Pengarah RK&HK, Ustaz Abd Rahman Awang dalam majlis tersebut menyampaikan ucapan penghargaan kepada semua peserta yang terlibat, beliau juga merakamkan penghargaan kepada semua petugas yang telah berkorban masa dan tenaga bagi memastikan program ini dapat dijalankan dengan sebaik mungkin.
"Terima kasih kepada semua yang terlibat dan tidak lupa juga kepada dermawan yang menghulurkan bantuan"
Peserta didedahkan dengan pelbagai aktiviti sepanjang perjalanan RK&HK, antaranya aktiviti lasak, BBQ, sukaneka dan muhasabah.
RK&HK mencatat penyertaan melebihi sasaran, segala usaha giat dijalankan oleh PLPDT bagi memastikan setiap informasi sampai ke pengetahuan ahli. Dengan adanya kerjasama daripada semua pihak, PLPDT yakin dapat meneruskan perjuangan ini dengan lebih teguh dan unggul.
Kelemahan demi kelemahan perlu dilalui PLPDT sebagai proses kematangan dan lebih penting dapat menempatkan kewibawaan organisasi ini di hati setiap ahli. Berbekalkan pengalaman yang diperolehi daripada setiap kepimpinan, ianya akan dicurahkan untuk melancarkan lagi perjalanan PLPDT.
Nyata usaha yang dirancang dan dicanangkan selama ini membuahkan hasil bilamana kesanggupan di kalangan ahli yang sentiasa memberikan sokongan sehingga PLPDT dapat bernafas kembali setelah 2 tahun menyepi.
Diharapkan PLPDT akan terus menempatkan organisasi ini di setiap pengetahuan ahli agar ianya bukan hanya sebuah pertubuhan islam, bahkan menyediakan aktiviti yang mampu mendidik, membentuk dan melahirkan insan yang berani memperjuangkan agama Islam.

Browse > Home / / Tingkatkan Jumlah Wakil PLPDT di Sekolah dan IPT
Tingkatkan Jumlah Wakil PLPDT di Sekolah dan IPT
Sebanyak 25 ekor ayam telah dipanggang, juadah mee tom yam juga turut disediakan untuk peserta RK&HK 2010. Biarpun majlis ini agak sederhana, namun PLPDT tetap memandang serius tentang apa yang diutarakan ahli di majlis muhasabah.
Jumlah penyertaan ahli ke setiap prograam PLPDT sememangnya menjadi persoalan sejauh manakah PLPDT mampu mengumpulkan sejumlah besar ahli yang kini sedang berada di bangku sekolah menengah dan juga IPT.
Hal ini mendapat perhatian ahli PLPDT untuk melihat organisasi lebih 'sampai' di setiap sekolah mahupun IPT. Cadangan daripada ahli agar PLPDT menambahkan wakil di sekolah dan IPT di seluruh Malaysia dilihat mampu membawa PLPDT untuk sampai ke segenap institusi pengajian.
PLPDT berjaya mendapatkan semula sentuhannya selepas 2 tahun bergerak dalam keadaan lemah. Cadangan yang diuatarakan ahli sememangnya perlu diambil perhatian sewajarnya oleh PLPDT agar perjalanan persatuan ini tidak lagi dilihat bergerak setempat bahkan menyelinap di setiap penjuru institusi pengajian.

Browse > Home / / Malam Muhasabah RK&HK PLPDT
Malam Muhasabah RK&HK PLPDT
Kepimpinan yang berteraskan kepada konsep saling menegur dan menerima teguran adalah dituntut di dalam Islam. Sikap menegur perlulah dibudayakan oleh semua pihak dalam memperbaiki setiap perjalanan sesebuah organisasi dan jamaah.
RK&HK meneruskan lagi aktiviti dengan sebuah slot muhasabah. Terdahulu, pimpinan PLPDT memberikan penerangan berhubung objektif dan misi PLPDT dan ta'aruf ringkas exco.
Antara perkara yang dibangkitkan peserta ialah statistik penyertaan guru-guru MDT yang kurang ramai. Perkara ini dijelaskan oleh PLPDT dengan tugasan yang lebih mustahak daripada pihak guru untuk hadir. Namun PLPDT akan terus mengusahakan agar penyertaan guru-guru MDT dapat ditingkatkan lagi di masa akan datang, di samping itu juga menggiatkan lagi usaha untuk mendapatkan sponsor untuk meringankan penyertaan guru ke program PLPDT.

Selasa, 2 Mac 2010
Browse > Home /
http://www.blogger.com/img/blank.gif
/ Keindahan Tasik Seindah Ukhuwwah
Keindahan Tasik Seindah Ukhuwwah
Di kalangan sejumlah besar peserta RK&HK, bermandi-manda di tasik dan menikmati kedinginan air adalah aktiviti wajib bagi sesiapa jua yang menyertai rehlah ini.
Melihat kepada sambutan yang diberi oleh peserta dalam kebanyakan aktiviti yang diadakan, PLPDT sememangnya mengharapkan hasil pulangan yang terbaik dan bermanfaat untuk peserta. Justeru antara aktiviti yang diadakan ini adalah berbentuk santai dan bermandi-manda menikmati keindahan ciptaan Allah.
Keindahan tasik di Lata Belatan bukan hanya untuk sedap mata memandang, bahkan ianya muhasabah kepada kesemua ahli yang terlibat, bermula dari pimpinan atasan hinggalah kepada ahli bawahan.
Kedamaian ini perlulah diterjemahkan ke dalam realiti kehidupan bagi setiap lepasan pelajar Darul Taqwa. Konsep ukhuwwah ini tidak ubah sebagaimana ketenangan tasik yang menjadi tarikan kepada setiap peserta. Namun yang lebih dari itu perlulah difirkan agar setiap ahli dapat memanfaatkan masa ini dengan sewajarnya.
*(Gambar) peserta RK&HK bermandi-manda

Langgan:
Catatan (Atom)