Tempahan Iklan (Lihat Size)

Tempahan Iklan (Lihat Size)

Ahad, 27 September 2009

Perutusan Aidilfitri - PRESIDEN

0 ulasan
Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar..

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullah dan selamat sejahtera.


Bersyukur kehadhrat Allah S.W.A, Tuhan yang Maha Pengampun dan yang Maha Pemberi Rahmat.

Selawat dan Salam buat Junjungan Mulia Rasulullah S.A.W, Ahli Keluarganya, Para Sahabat dan Pejuang-pejuang dijalan Allah semua.

Tanpa saya sedari, sudah setahun saya memandu PLPDT bagi sesi 2009/2010. Banyak kelemahan dan kekurangan yang saya akui wujud sepanjang pemerintahan saya. Jika sebelum ini saya hanya sibuk dengan jawatankuasa Biro sahaja tetapi berubah bilamana semua AJK Muslimin dan Muslimat dan Lepasan Darul Taqwa dibawah Amanah saya. Terasa saya bukanlah orang yang layak berada ditempat ini.

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah sekelian,

Keunikan PLPDT ini ialah setiap kali berakhirnya Ramadhan, Bermulalah sesi kepimpinan baru dan FASA baru dalam Pentadbiran PLPDT. Kebiasaannya kekuatan Kepimpinan yang akan dipersoalkan dan diperkatan selalu. Akan tetapi bagi saya, tidak susah untuk mentarbiyyah rakan-rakan didalam Jawatankuasa ini kerana dibulan Ramadhan ini sudah sedia maklum jadual masing-masing penuh dengan majlis-majlis ilmu dan ibadah. Secara tidak langsung telah membentuk karisma dalam diri Jawatankuasa PLPDT selepas menikmati ganjaran yang ditawarkan oleh Allah S.W.A.

Untuk pengetahuan Hadirin sekelian, saya merombak sedikit Jawatankuasa dan memperkemaskan Barisan Syura bagi persediaan jika terjadi apa-apa pada persatuan pada masa akan datang dan saya dengan Jawatankuasa yang lain telah berbincang dan sepakat untuk menubuhkan KOPERASI LEPASAN DARUL TAQWA selepas mengambil kira kekuatan Organisasi yang kita ada sekarang ini. Harapan saya ialah semua Lepasan Darul Taqwa disemua peringkat dan generasi mengambil peluang ini sebagai sumbangan dan bantuan kita pada Madrasah bagi mengukuhkan kewangan kita dimasa akan datang.

Akhirnya kami memohon kemaafan jika sepanjang PLPDT ditadbir Jawatankuasa yang diketuai oleh saya ini banyak kelematan dan kekuarangan. Tiadalah harapan tertinggi kami kecuali ingin melihat Madrasah kita ini yang menjadi simbul KILANG melahirkan PEJUANG islam untuk Rakyat Terengganu dan Malaysia ini terus kekal berdiri dan beroperasi.

Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar Walillahil hamdd...

Wassalamualaikum w.b.t

Kullu amm wa anntum bikhir.



Mohd Shahril Mohd Alim
Presiden PLPDT
2009/2010

Selamat Pengantin Baru Ketua Editor

0 ulasan
PLPDT mengucapkan selamat melangsungkan perkahwinan dan selamat pengantin baru buat Ketua Editor Blog PLPDT saudara Mohd Khairul Mohd dan Nurul Huda Zakaria. Semoga ikatan yang tersimpul ini membawa keberkatan dan kerahmatan sepanjang menjalani kehidupan berumah tangga.

Majlis akad pernikahan telah diadakan pada 1 Syawal 1430 di rumah pengantin perempuan pada sebelah malam. Kehadiran sanak-saudara menceriakan majlis ini dan menambahkan lagi keharmonian dan jalinan kekeluargaan.



Majlis kenduri telah diadakan pada 23 September di rumah pengantin perempuan (Kota Bharu, Kelantan), sementara majlis kenduri di rumah pengantin lelaki pula diadakan pada 25 September di Manir, Kuala Terengganu.

Semoga mendapat redha Ilahi dan dipayaungi rahmat Allah.

Isnin, 14 September 2009

Jumlah Penyertaan Meningkat - Ibrahim

0 ulasan
Pengarah Majlis Berbuka Puasa Sambil Menderma, Ustaz Ibrahim Harun menjelaskan berlaku penigkatan jumlah penyertaan di kalangan akhawat.

"Alhamdulillah, majlis ini berjalan dengan lancar dan kita menyediakan makanan tambahan untuk peserta memandangkan berlaku peningkatan pada penyertaan majlis ini. Kita menganggarkan penyertaan akhawat tidak ramai memandangkan di kalangan ikhwah pun tidak semua yang dapat hadir kerana bekerja, namun kehadiran akhawat dilihat berlaku peningkatan dan ini suatu keadaan yang baik untuk akitivit-aktiviti akan datang"



Kehadiran pada majlis tersebut mencecah kepada 50 orang peserta sebagaimana yang diharapkan penganjur.

"Kita merasa bersyukur dengan kehadiran sahabat-sahabat dan guru, penyertaan ini membuktikan komitmen ahli masih berterusan dan diharapkan adanya kerjasama yang lebih erat dalam setiap aktiviti"

Majlis berakhir sekitar 7.40 malam dengan ucapan selamat tinggal dan bersalaman antara lepasan pelajar Darul Taqwa dan guru-guru.

Tingkatkan Aktiviti PLPDT - Ustaz Azhar

0 ulasan
Tetamu undangan Majlis Berbuka Puasa Sambil Menderma, Ustaz Azhar Rejab mengingatkan kepada PLPDT agar meningkatkan lagi aktiviti untuk ahli.

"Aktiviti PLPDT perlu diperbanyakkan lagi agar ahli dapat mengetahui perjalanan PLPDT dan dapat mengambil manfaat dari setiap program yang dianjurkan"

Beliau juga turut bersetuju jika aktiviti yang dilaksanakan tidak semuanya berskala besar, kerana aktiviti berskala besar sudah ada dalam pelan tindakan PLPDT.

"Ya, sudah memadai jika aktiviti kecil dapat diadakan seperti menziarah ahli. Asalkan ada aktiiviti untuk ahli dan berterusan"

Ustaz Azhar juga sempat menceritakan kenangan berbuka puasa di Kemaman bersama pelajar-pelajar Darul Taqwa yang baru selesai menduduki peperiksaan UPSR pada minggu yang lalu.



Majlis Berbuka Puasa PLPDT Meriah

0 ulasan
Restoran as-Syakirin sekali lagi menjadi lokasi pilihan PLPDT untuk Majlis Berbuka Puasa Sambil Menderma yang telah diadakan pada 14 September. Jarak berhampiran UDM KUSZA menjadikan lokasi restoran ini mudah untuk dihadiri peelanggan dan peserta bagi sesebuah majlis yang diadakan.

Seawal jam 6.30 petang kelihatan tetamu mula mengambil tempat untuk menikmati juadah berbuka puasa yang disediakan. Kehadiran tetamu jemputan, Ustaz Azhar Rejab dan beberapa orang guru Darul Taqwa disambut mesra oleh exco PLPDT dan lepasan pelajar Darul Taqwa.

Turut hadir di dalam majlis ini Ustaz Khairi Yunus Mantan Presiden PLPDT, beliau diberi penghormatan untuk bersama Penasihat PLPDT sepanjang majlis ini berlangsung.



Suasana meriah dapat dirasai bilamana guru-guru Darul Taqwa berceloteh dan menghiburkan tetamu yang terdiri daripada lepasan pelajar. Seorang peserta majlis saudara Abdul Muin melahirkan rasa gembira kerana dapat bersama teman-teman lepasan pelajar dari sekolah Darul Taqwa.

"Majlis ini sangat menarik kerana dihadiri oleh lepasan pelajar, kebiasaannya majlis berbuka puasa akan diadakan untuk orang awam yang dianjurkan oleh jawatankuasa masjid umpamanya. Namun, dengan pengajuran ini diharapkan ukhuwah di kalangan lepasan pelajar Darul Taqwa akan berterusan"

Selain daripada Ustaz Ahar Rejab, guru-guru Darul Taqwa yang hadir ialah Ustaz Omar P. Konyalam, Ustaz Rohisyam dan Ustaz Nasir.

Rata-rata peserta yang hadir memberikan komitmen yang baik dan mengharapkan majlis seumpama ini juga diharap dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang.

Khamis, 10 September 2009

TERKINI: Majlis Sambutan Aidil Fitri PLPDT 24 September Ini

3 ulasan
Makluman terkini berhubung tarikh bagi Majlis Sambutan Aidil Fitri akan diadakan pada hari khamis, 24 September bersamaan 5 Syawal 1430 H. Demikian menurut ketetapan yang diambil oleh Pengarah Majlis Sambutan Aidil Fitri, Ustaz Jailani Mamat. (Gambar)

Sebuah perbincangan melibatkan Presiden PLPDT, Ustaz Shahril Alim merumuskan beberapa faktor yang perlu diambil kira bagi menetapkan tarikh terkini penganjuran majlis tersebut. Beliau antara lain menyentuh mengenai penganjuran program dari pertubuhan luar yang turut menyumbang kepada jumlah penyertaan ahli PLPDT yang tidak kurang penglibatannya.

"Ahli kita (PLPDT) mungkin ada yang terlibat dengan sekreteriat majlis-majlis tertentu, jadi kita mengambil kira faktor ini dan implikasi kepada tarikh yang ingin kita tetapkan bagi Majlis Sambutan Aidil Fitri".



Ustaz Jailani Mamat, turut mengakui sebilangan ahli PLPDT ada yang komited dengan aktiviti pertubuhan lain yang berbentuk keraian dan jamuan seperti majlis hari raya terutama bagi mereka yang belajar di IPT.

"Mereka pulang bercuti dan kebiasaannya tidak melepaskan peluang untuk menyertai program-program yang melibatkan mahasiswa, bagi mengelakkan berlakunya pertembungan ini, maka PLPDT mencari tarikh yang sesuai untuk menganjurkan Majlis Sambutan Aidil Fitri"

Ujar beliau, seterusnya mengambil ketetapan untuk mengadakan Majlis Sambutan Aidil Fitri pada hari khamis, 24 September bersamaan 5 Syawal 1430 H.

Sabtu, 5 September 2009

Aktiviti Muslimat Selepas Aidil Fitri

0 ulasan
Ramai pihak bertanya berkenaan aktiviti muslimat PLPDT yang agak kurang sebelum ini. Ini memandangkan keahlian PLPDT majoriti daripadanya adalah di kalangan muslimat.

Timbalan Bendahari PLPDT Ustazah Khairunnajjah Mohammad, memberi penjelasan,

"Program untuk muslimat PLPDT akan diadakan selepas Aidil Fitri dan perbincangan akan diadakan bagi mengatasi sebarang permasalahan"

Ustazah Khairunnajjah adalah sala seorang wakil muslimat yang hadir ke mesyuarat PLPDT bagi membincangkan persediaan menjelang majlis sambutan Aidil Fitri anjuran PLPDT pada 3 Syawal ini.



Tingkatkan Ekonomi PLPDT - Ibrahim

0 ulasan
Bendahari PLPDT Ustaz Ibrahim Harun, menjelaskan PLPDT perlu menggadakan ekonomi dengan mengdakan majlis yang dapat menyalurkan sumbangan ke dana PLPDT.

"Majlis berbuka puasa adalah salah satu strategi untuk kita (PLPDT) mencari dana agar kewangan persatuan tidak terbatas dengan hanya sumbangan berbentuk derma sahaja", ujar beliau ketika ditemui di Masjid at-Taqwa, batu enam.



Majlis Berbuka Puasa PLPDT

0 ulasan
Menjelang sambutan majlis jamuan Aidil Fitri yang akan diadakan pada 3 Syawal ini, PLPDT melalui saranan Bendahari Agung akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa pada 14 September ini bertempat di Restoren as-Syakirin, Pak Tuyu (berdekatan UDM KUSZA).

Majlis akan bermula pada jam 6.30 petang dengan bayaran RM15 setiap orang. Ahli PLPDT terutamanya pasangan suami-isteri dialu-alukan untuk turut sama menyertai majlis ini.

Ahli biasa juga boleh berbuat demikian dengan menghubungi Ustaz Shahril Alim - 019 9086002 dan Ustaz Jalani Mamat - 019 9960923.



Mesyuarat Panitia Sambutan Aidil Fitri

0 ulasan
Jawatankuasa Pelaksana Majlis Sambutan Aidil Fitri, telah mengadakan mesyuarat pertama pada 4 September bertempat di masjid at-Taqwa, Batu Enam. Mesyuarat yang bermula pada jam 9.30 ini dihadiri 13 orang wakil dari setiap biro.

Terdahulu, Presiden PLPDT memberikan sedikit taklimat ringkas berhubung peranan bidang kuasa Syura PLPDT dan pertukaran portfolio bagi melancarkan lagi perjalanan PLPDT.

Ustaz Jalani Mamat selaku Pengarah Majlis Sambutan Aidil Fitri, memulakan mesyuarat dengan membentangkan kertas kerja Majlis smbutan Aidil Fitri melalui tayangan LCD.



Mesyuarat sebulat suara mengambil ketetapan tarikh 3 Syawal (22 September) sebagai hari untuk mengadakan Majlis sambutn Hari Raya.

Dalam pada itu, mesyuarat juga bersetuju untuk mengenakan bayaran pendaftaran sebanyak RM5 (pekerja) dan RM3 (pelajar).

Demikian sedikit butiran yang dapat diambil dari mesyuarat tersebut.

 

@PLPDT 2009/2010 | Semua Hakcipta Adalah Terpelihara | Dikelolakan Oleh Editorial Blog Dengan Kerjasama Urusetia Penerangan PLPDT