Tempahan Iklan (Lihat Size)

Tempahan Iklan (Lihat Size)

Rabu, 28 Oktober 2009

Selamat Pengantin Baru

0 ulasan
PLPDT mengucapkan 'Selamat pengantin baru' kepada ahli PLPDT yang telah melangsungkan perkahwinan pada 15 Oktober baru-baru ini.

Lepasan pelajar Darul Taqwa Saudara Shafizi Ismail yang juga bekas YDP KPT bersama pasangannya Umi Masmira Mat Ali turut meraikan detik kebahagiaan mereka pada majlis kenduri perkahwinan mereka pada21 Oktober bertempat di Kompleks Penuntut-Penuntut Terengganu (KPT) di Hayyul Asyir, Kaherah.



Majlis yang dihadiri dari kalangan pelajar Mesir ini mendapat sambutan yang menggalakan dengan persembahan silat, nasyid dan sebagainya.

Turut hadir ke majlis ini Prof. Dr. Jamil Hasyim Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia kaherah (JPMK).

Selasa, 13 Oktober 2009

Sambutan Aidilfitri PLPDT Meriah

0 ulasan
PLPDT telah menganjurkan Majlis Sambutan Aidilfitri pada 25 September di perkarangan Madrasah Darul Taqwa, Batu Enam.

Aktiviti tahunan ini mendapat sambutan yang agak baik dari kalangan ahli. Majlis ini turut mengundang ADUN Bukit Tunggal Dr. Alias Razak.

Turut hadir Penasihat PLPDT Ustaz Azhar Rejab dan guru Darul Taqwa. Majlis bermula pada jam 10 pagi diisi dengan juadah sate, nasi dan lain-lain.

Majlis ini juga turut diisi dengan ucapan Dr. Alias Razak yang banyak memberi penekanan dalam aspek pembangunan rohani dan pemilihan jentera kerja bagi menggerakkan dakwah Islam di segenap lapisan masyarakat.

Pengarah majlis, Ustaz Jailani Mamat tidak putus-putus menghulurkan senyuman sambil mengucapkan terima kasih di atas penyertaan ahli PLPDT ke majlis sambutan perayaan kali ini.



Majlis berakhir pada jam 1.00 petang dengan penyertaan sekitar 150 orang peserta yang terdiri dari ahli PLPDT.

Sabtu, 10 Oktober 2009

Guru Darul Taqwa Kemalangan

2 ulasan
Tragedi kemalangan jalan raya mendapat perhatian ramai,lebih memeranjatkan lagi jumlah kemalangan pada tahun ini lebih meningkat berbanding tahun lepas.

Selapas memaparkan berita kemalangan salah seorang ahli Majlis Syura PLPDT, ahli PLPDT tentunya bersimpati dengan tragedi kelangan yang menimpa salah seorang tenaga pengajar Madrasah Darul Taqwa.

Timbalan Mudir Madrasah Darul Taqwa Ustaz Tayyib telah mengalami kemalangan di Pekan Batu Enam selepas terbabas di depan kedai runcit berhampiran lorong masuk Masjid Batu Enam kerana gagal mengawal keretanya lalu melanggar tiang yang berada di tepi jalan.

Ramai di kalangan guru dan ahli jamaah datang menziarahi Ustaz Tayyib selepas mendapat makluman mengenai kemalangan yang menimpa seorang pendidik yang telah mengajar lebih 10 tahun di Darul Taqwa.



PLPDT mendoakan Ustaz Tayyib segera sembuh dan dapat meneruskan perjuangan dalam mendidik anak-anak Darul Taqwa menjadi insan berguna dan memartabtkan Islam. (Gambar sekadar hiasan)

Ahli Majlis Syura PLPDT Kemalangan

0 ulasan
Ahli Majlis Syura PLPDT yang juga merupakan Timbalan Ketua badan tersebut, Ustaz Wan Mohd Nasiruddin cedera selepas terlibat dalam satu kemalangan di kilometer 31 Gambang, Muadzam 5 hari yang lepas.

Dalam Kemalangan kira-kira jam 1.50 pagi itu, Nasruddin bersama seorang rakannya Adnan Alias (AJK Pemuda) sedang dalam perjalanan menuju ke Batu Pahat, Johor dalam urusan bisnes.

Sebaik saja tiba di lokasi kejadian, kenderaan yang dipandunya terbabas jatuh dari kaki lima jalan selepas cuba mengelak dari sebuah lori yang datang dari arah bertentangan yang tiba-tiba masuk kearah jalannya. Kenderaan yang dipandunya tiba-tiba melayang selapas beliau cuba untuk memperbetulkan kembali arah perjalanan kenderaan lalu merempuh sebuah lori yang berhenti ditepi jalan. Kenderaan turut mengalami sedikit kebakaran di hadapan.



"Alhamdulillah, saya dalam keadaan stabil. Saya masih ingat satu persatu dalam kejadian hari itu. Perkara yang paling saya ingati, kereta tiba-tiba terbang lalu merempuh sebuah lori yang parking di sebelah jalan sana, apabila kereta berhenti dari berpusing, naik api dengan marak. Alhamdulillah saya dan rakan dapat keluar dengan cepat". Ujar Nasruddin yang lebih dikenali dengan panggilan 'Adik Ru'

Nasruddin yang dibawa ke klinik Kesihatan Gambang turut mengalami kecederaan ringan di bahagian badan. Manakala rakannya turut mengalami sedikit kecederaan.

Nasruddin yang memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda Cawangan Batu Enam turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu beliau dan rakan semasa kejadian kemalangan itu berlaku,

"Saya sangat-sangat bersyukur kepada Allah. Terima kasih kepada mana-mana individu yang membantu saya"

 

@PLPDT 2009/2010 | Semua Hakcipta Adalah Terpelihara | Dikelolakan Oleh Editorial Blog Dengan Kerjasama Urusetia Penerangan PLPDT