Tempahan Iklan (Lihat Size)

Tempahan Iklan (Lihat Size)

Isnin, 16 Ogos 2010

Perutusan Ramadhan - PRESIDEN

0 ulasan

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullah dan selamat sejahtera.

Bersyukur kehadhrat Allah S.W.A, Tuhan yang Maha Tinggi dan yang Maha Pengampun. Selawat dan Salam buat Junjungan Mulia Rasulullah S.A.W, Ahli Keluarganya, Para Sahabat dan Pejuang-pejuang dijalan Allah semua.

Alhamdulillah kerana kita berjumpa lagi dibulan Ramadhan, bulan yg penuh dengan rahmat dan keberkatan. Maka marilah kita mensyukurinya dengan mentaati segala perintah Allah, memelihara puasa dan menghidupkan malamnya dengan pelbagai ibadah. Ramadhan bukan sahaja bulan puasa, tetapi ia juga Bulan ibadah, Bulan al-Quran, Bulan silaturrahim sesame kita, Bulan perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan, Bulan memisahkan antara hak dan bathil.

PLPDT juga tidak melepaskan peluang dibulan Ramadhan ini untuk bersama-sama mencari keredhaan Allah azzawajalla dengan mengadakan beberapa Aktiviti-aktiviti untuk Guru-guru dan Ahli PLPDT yang memerlukan bantuan dan sokongan dari segi moral dan kewangan. Kami merasa perlu untuk menghantar sedikit sumbangan pada bekas guru yang dalam keuzuran dan ahli-ahli yg sedang menuntut ilmu Allah sama ada ditanah Air atau ditimur tengah bagi mengurangkan sedikit bebanan yang mereka tanggung.

Diantarnya ialah bekas Guru yang akan kita bantu ialah Alfadhil ustaz Said yang sekarang ini tidak dapat meneruskan tugasnya sebagai guru kerana penyakit kencing manis yang agak kronik dan Ahli - ahli yang kita yang akan dibantu juga ialah yang sedang menuntut ilmu di Malaysia dan Tanah Arab atas kadar peruntukan kewangan yang kita perolehi dari rakan-rakan kita yang ikhlas menyumbang zakat.

kita masih lagi memerlukan sokongan kewangan agar gerak kerja kami tidak terbalas kerana kekurangan dana dalam melaksanakan tugas. ini kerana kami bergantung kewangan daripada sumbangan kalian selain daripada sumber ekonomi yang sedia ada.

saya mengharapkan bersempena Bulan Ramadhan yang mulia ini, kita dapat mengambil peluang ini dengan membantu dan tidak membiarkan Persatuan kita ini berkubur disebabkan kita tidak perihatin terhadapnya. Telah banyak gerak kerja yang telah kami lakukan untuk membantu sekolah agama yang penuh keberkatan ini untuk terus beroperasi dan berdiri gagah membentuk syahksiah mulia umat Islam di Negeri Terengganu ini.

Akhirnya, saya merayu kepada ahli-ahli yang cintakan gerak kerja islam, agar tidak memandang sebelah mata kewujudan PLPDT ini, bahkan membantu agar kami dapat memberikan khidmat yang terbaik yang diterima oleh allah S.W.A. Semoga pertolongan rakan-rakan dapat menumbuhkan benih-benih islam untuk Negeri kita ini hasil dari Program-program yang akan kita laksanakan dimasa akan datang. Selamat memburu Lailatul Qadar dan meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah S.W.A

Wassalamualaikum wrt. wbth.



Mohd Shahril Mohd Alim
Presiden PLPDT
2009-2010

Comments

0 comments to "Perutusan Ramadhan - PRESIDEN"

Catat Ulasan

 

@PLPDT 2009/2010 | Semua Hakcipta Adalah Terpelihara | Dikelolakan Oleh Editorial Blog Dengan Kerjasama Urusetia Penerangan PLPDT