Tempahan Iklan (Lihat Size)

Tempahan Iklan (Lihat Size)

Sabtu, 16 Januari 2010

Panduan Ke Besut (Lokasi Daerah Besut )

0 ulasan
TERENGGANU DARUL IMAN merupakan negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia yang kaya dengan khazanah bumi dan laut serta maju membangun dalam pelbagai sektor bidang. Negeri ini terletak di antara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan lintang 4 hingga 5.50 dalam peta dunia. Bersempadan dengan Kelantan di bahagian utara serta barat lautnya dan Pahang di bahagian selatan dan barat dayanya, Terengganu mempunyai keluasan kira-kira 1,295,638.3 hektar atau 1.295, 512.1 hektar dalam pentadbirannya. Terdapat 7 buah daerah dalam pentadbiran negeri ini iaitu Besut, Dungun, Hulu Terengganu, Kemaman, Kuala Terengganu, Marang dan Setiu.

BESUT merupakan sebuah daerah yang terletak di bahagian utara Negeri Terengganu dan bersempadan dengan Negeri Kelantan di bahagian utara dan baratnya. Daerah ini dikelilingi Laut Cina Selatan di sepanjang pantai Timur Lautnya dan ditunjangi Banjaran Titiwangsa di bahagian baratnya. Terdapat 15 mukim dalam pentadbiran Besut iaitu Keluang, Kuala Besut, Bukit Puteri, Pengkalan Nangka, Hulu Besut, Jabi, Kerandang, Pelagat, Lubuk Kawah, Pasir Akar, Tembila, Kampung Raja, Tenang, Kubang Bemban dan Bukit Kenak.



Comments

0 comments to "Panduan Ke Besut (Lokasi Daerah Besut )"

Catat Ulasan

 

@PLPDT 2009/2010 | Semua Hakcipta Adalah Terpelihara | Dikelolakan Oleh Editorial Blog Dengan Kerjasama Urusetia Penerangan PLPDT