Tempahan Iklan (Lihat Size)

Tempahan Iklan (Lihat Size)

Ahad, 27 September 2009

Perutusan Aidilfitri - PRESIDEN

0 ulasan
Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar..

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullah dan selamat sejahtera.


Bersyukur kehadhrat Allah S.W.A, Tuhan yang Maha Pengampun dan yang Maha Pemberi Rahmat.

Selawat dan Salam buat Junjungan Mulia Rasulullah S.A.W, Ahli Keluarganya, Para Sahabat dan Pejuang-pejuang dijalan Allah semua.

Tanpa saya sedari, sudah setahun saya memandu PLPDT bagi sesi 2009/2010. Banyak kelemahan dan kekurangan yang saya akui wujud sepanjang pemerintahan saya. Jika sebelum ini saya hanya sibuk dengan jawatankuasa Biro sahaja tetapi berubah bilamana semua AJK Muslimin dan Muslimat dan Lepasan Darul Taqwa dibawah Amanah saya. Terasa saya bukanlah orang yang layak berada ditempat ini.

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah sekelian,

Keunikan PLPDT ini ialah setiap kali berakhirnya Ramadhan, Bermulalah sesi kepimpinan baru dan FASA baru dalam Pentadbiran PLPDT. Kebiasaannya kekuatan Kepimpinan yang akan dipersoalkan dan diperkatan selalu. Akan tetapi bagi saya, tidak susah untuk mentarbiyyah rakan-rakan didalam Jawatankuasa ini kerana dibulan Ramadhan ini sudah sedia maklum jadual masing-masing penuh dengan majlis-majlis ilmu dan ibadah. Secara tidak langsung telah membentuk karisma dalam diri Jawatankuasa PLPDT selepas menikmati ganjaran yang ditawarkan oleh Allah S.W.A.

Untuk pengetahuan Hadirin sekelian, saya merombak sedikit Jawatankuasa dan memperkemaskan Barisan Syura bagi persediaan jika terjadi apa-apa pada persatuan pada masa akan datang dan saya dengan Jawatankuasa yang lain telah berbincang dan sepakat untuk menubuhkan KOPERASI LEPASAN DARUL TAQWA selepas mengambil kira kekuatan Organisasi yang kita ada sekarang ini. Harapan saya ialah semua Lepasan Darul Taqwa disemua peringkat dan generasi mengambil peluang ini sebagai sumbangan dan bantuan kita pada Madrasah bagi mengukuhkan kewangan kita dimasa akan datang.

Akhirnya kami memohon kemaafan jika sepanjang PLPDT ditadbir Jawatankuasa yang diketuai oleh saya ini banyak kelematan dan kekuarangan. Tiadalah harapan tertinggi kami kecuali ingin melihat Madrasah kita ini yang menjadi simbul KILANG melahirkan PEJUANG islam untuk Rakyat Terengganu dan Malaysia ini terus kekal berdiri dan beroperasi.

Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar Walillahil hamdd...

Wassalamualaikum w.b.t

Kullu amm wa anntum bikhir.



Mohd Shahril Mohd Alim
Presiden PLPDT
2009/2010

Comments

0 comments to "Perutusan Aidilfitri - PRESIDEN"

Catat Ulasan

 

@PLPDT 2009/2010 | Semua Hakcipta Adalah Terpelihara | Dikelolakan Oleh Editorial Blog Dengan Kerjasama Urusetia Penerangan PLPDT