Tempahan Iklan (Lihat Size)

Tempahan Iklan (Lihat Size)

Jumaat, 28 Ogos 2009

Selamat Menghayati Ramadhan - PLPDT

0 ulasan
PLPDT mengucapkan selamat menghayati Ramadhan al-Mubarak kepada semua ahli dan umat Islam seluruh dunia. Keahlian PLPDT secara tidak rasmi pastinya melebihi rubuan pelajar yang kini sedang menduduki institusi pengajian tinggi di dalam atau di luar negara.

Jumlah keahlian yang ramai meliputi ahli yang telah menamatkan pengajian, mempunyai pekerjaan dan terlibat dengan mana-mana gerakan dakwah tanah air pastinya memberikan markah yang cukup tinggi seandainya penyertaan ini dapat dikutip kesemuanya menjadi sebuah jentera amal dalam meningkatkan kesedaran dan membentuk masyarakat harmoni 'mesra islami'.



Sepanjang Ramadhan berlangsung pastinya peluang dan ganjaran yang disediakan Allah amat besar nilanya buat insan yang bernafas dalam jiwa hamba. Justeru, PLPDT mengajak semua ahli untuk sama-sama menghayati Ramadhan ini dengan meningkatkan kualiti amal ke tahap paling tinggi sebagai tanda syukur di atas segala pemberian nikmat yang diberi Allah sepanjang kehidupan.

Amal ibadah yang berterusan di samping kebajikan yang dihulurkan melazatkan lagi kemanisan iman sebagai hamba-Nya yang cintakan Islam sebagai agama wahyu. Gandaan amalan ini adalah benteng diri dari melakukan keburukan dan jelmaan kebaikan mampu menjana modal insan bertaqwa.

Selamat mengerjakan ibadah, teruskan mengikuti sebarang perkembangan PLPDT melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh badan induk PLPDT mahupun Biro-biro di bawah PLPDT.

Tingkatkan amal dalam memburu 'Lailatul Qadr'. Selamat beramal.

Comments

0 comments to "Selamat Menghayati Ramadhan - PLPDT"

Catat Ulasan

 

@PLPDT 2009/2010 | Semua Hakcipta Adalah Terpelihara | Dikelolakan Oleh Editorial Blog Dengan Kerjasama Urusetia Penerangan PLPDT