Tempahan Iklan (Lihat Size)

Tempahan Iklan (Lihat Size)

Sabtu, 29 Ogos 2009

Perutusan Ramadhan - PRESIDEN

0 ulasan
Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullah dan selamat sejahtera.

Bersyukur kehadhrat Allah S.W.A, Tuhan yang Maha Berilmu dan yang Maha Pengampun. Selawat dan Salam buat Junjungan Mulia Rasulullah S.A.W, Ahli Keluarganya, Para Sahabat dan Pejuang-pejuang dijalan Allah semua.

Kesempatan yg ada ini, kita berjumpa lagi dibulan ramadhan, bulan yg penuh dengan rahmat dan keberkatan. Maka marilah kita mensyukurinya dengan mentaati segala perintah Allah, memelihara puasa dan menghidupkan malamnya dengan pelbagai ibadah. Ramadhan bukan sahaja bulan puasa, tetapi ia juga bulan ibadah, bulan al-Quran, bulan silaturrahim sesame kita, bulan perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan, bulan memisahkan antara hak dan bathil.

Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka Allah akan mengampuni segala dosanya yang terdahulu”. - Riwayat Bukhari.



Pada Ramadhan kali ini, kita seharusnya memelihara ibadah puasa kita, bukan sekadar menjaga makan, minum dan perkara membatal pada lahiriyah sahaja, sebaliknya mari kita pelihara pakaian agar tidak mendedahkan aurat, kita pelihara mata agar tidak melihat perkara yang diharamkan, memelihara telinga dari mendengar perkara yang tidak mendatangkan manfaat, memelihara makanan, minuman sewaktu berbuka dan bersahur agar tidak dari tangan-tangan yang fasiq, dan tidak melakukan pembaziran. Awasilah apa yang akan disuap ke mulut, kerana ia akan menjadi darah daging, peliharakan ia agar hati tidak menjadi keras dan akhirnya menghilangkan kelazatan ibadah.

Kesempatan yang ada ini, sukalah saya menyatakan yang Persatuan PLPDT bukan lah sekadar menghimpunkan ahli semata-mata, akan tetapi ia juga menjaga syakhsyiah Ahli dari segi Akhlah, Aurat, Pendidikan Agama dan Akademik. Ini kerana pentadbiyahan daripada Madrasah bukan saja selesai selepas darjah 5 akan tetapi berkekalan hingga akhirnya yang dipertanggungjawabkan oleh Persatuan.

Kerana itulah penting bagi kita, berjumpa (dengan program-program yang dijalankan) dan membanci ahli-ahli diserata tempat bagi melaksanakan tugas yang telah diamanahkan ini sebaik mungkin.

Maka di kesempatan ini saya menyeru kepada ahli-ahli sekelian, agar memberikan sokongan dan kerjasama dengan menghadiri Program-program yang diadakan oleh Persatuan dan membantu dari segi kewangan agar dapat kita melaksakan Program dengan lebih lancar lagi dan kita sama-sama menjaga diri dari melakukan dosa dan maksiat kepada Allah.

Sekian, Wassamualaikum warahmatullah


Selamat Melaksanakan Ibadah Ramadhan dan memburu Lailatul qadar.


Mohd Shahril Mohd Alim
Presiden PLPDT
2009-2010

Comments

0 comments to "Perutusan Ramadhan - PRESIDEN"

Catat Ulasan

 

@PLPDT 2009/2010 | Semua Hakcipta Adalah Terpelihara | Dikelolakan Oleh Editorial Blog Dengan Kerjasama Urusetia Penerangan PLPDT