Tempahan Iklan (Lihat Size)

Tempahan Iklan (Lihat Size)

Jumaat, 28 Ogos 2009

'Mee Goreng Udang' Muncul Juara Futsal

0 ulasan
Biro Sukan, Kebudayaan & Kesenian PLPDT telah menganjurkan Kehohanan Futsal Piala Mudir Darul Taqwa pada 21 Ogos bertempat di Padang Futsal Tok Jembal.

Pengarah kejohanan ini Ustaz Abdul Rahman Awang ketika ditemui berkata, kejohanan ini amat penting bagi PLPDT kerana melalui aktiviti seumpama inilah PLPDT dapat melihat penyertaan sebenar ahli PLPDT khususnya ahli yang telah melepasi alam pengajian. Beliau turut menjelaskan aktiviti ini juga berjaya menarik ramai ahli PLPDT yang datang dari pelbagai kawasan.



Presiden PLPDT Ustaz Shahril Alim turut bersetuju dengan penyertaan ahli kali ini membuktikan PLPDT masih ada tempat di hati ahli, bahkan aktiviti ini juga dapat meningkatkan jalinan ukhuwwah sesama Islam.

Turut hadir menyaksikn perlawanan ini Ustaz Azhar Rajab, sambil memberi sokongan kepada para pemain yang terdiri daripada lepasan pelajar Madrasah Darul Taqwa dan pasukan lain yang menyertai kehohanan ini.

Jumlah penyertaan pemain ke dalam kejohanan ini amat memberangsangkan, difahamkan Biro Sukan, Kebudayaan & Kesenian telah membuat tapisan dengan mengambil kira pendaftaran awal bagi setiap pasukan ekoran permintaan penyertaan yang begitu tinggi melibatkan 22 pasukan.

Kejohahanan Futsal yang diadakan selama sehari ini menyaksikan perlawanan sengit bagi meraih kejuaraan Futsal Piala Mudir 2009. Rata-rata pemain memberikan persembahan menarik sepanjang perlawanan diadakan, ia terbukti melalui komitmen yang diberi peserta dari awal pagi hingga ke petang menjelang perlawanan akhir kejohanan futsal.

Juara kejohanan Futsal Piala Mudir 2009 telah dimenangi oleh pasukan Mee Goreng Udang dengan memberikan serangan padu ke atas pasukan Bridget al-Qassam 3-1. Setelah berhempas pulas mencari gol kemenangan, akhirnya Bridget al-Qassam berpuas hati dengan memenangi tempat kedua mewakili kumpulan B.

Pasukan Sabut Nyior (B) membuktikan kupayaan dengan jaringan 3-2 ke atas pasukan KUDQI JR. Masing-masing memenangi tempat ketiga dan keempat dalam kejohahanan tersebut.

Perlawanan ini turut diserikan dengan penyertaan Bekas Pemain Kebangsaan Tengku Alias Tengku Ibrahim. (Gambar)

Comments

0 comments to "'Mee Goreng Udang' Muncul Juara Futsal"

Catat Ulasan

 

@PLPDT 2009/2010 | Semua Hakcipta Adalah Terpelihara | Dikelolakan Oleh Editorial Blog Dengan Kerjasama Urusetia Penerangan PLPDT