Tempahan Iklan (Lihat Size)

Tempahan Iklan (Lihat Size)

Sabtu, 29 Ogos 2009

Perutusan Ramadhan - PRESIDEN

0 ulasan
Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullah dan selamat sejahtera.

Bersyukur kehadhrat Allah S.W.A, Tuhan yang Maha Berilmu dan yang Maha Pengampun. Selawat dan Salam buat Junjungan Mulia Rasulullah S.A.W, Ahli Keluarganya, Para Sahabat dan Pejuang-pejuang dijalan Allah semua.

Kesempatan yg ada ini, kita berjumpa lagi dibulan ramadhan, bulan yg penuh dengan rahmat dan keberkatan. Maka marilah kita mensyukurinya dengan mentaati segala perintah Allah, memelihara puasa dan menghidupkan malamnya dengan pelbagai ibadah. Ramadhan bukan sahaja bulan puasa, tetapi ia juga bulan ibadah, bulan al-Quran, bulan silaturrahim sesame kita, bulan perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan, bulan memisahkan antara hak dan bathil.

Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka Allah akan mengampuni segala dosanya yang terdahulu”. - Riwayat Bukhari.



Pada Ramadhan kali ini, kita seharusnya memelihara ibadah puasa kita, bukan sekadar menjaga makan, minum dan perkara membatal pada lahiriyah sahaja, sebaliknya mari kita pelihara pakaian agar tidak mendedahkan aurat, kita pelihara mata agar tidak melihat perkara yang diharamkan, memelihara telinga dari mendengar perkara yang tidak mendatangkan manfaat, memelihara makanan, minuman sewaktu berbuka dan bersahur agar tidak dari tangan-tangan yang fasiq, dan tidak melakukan pembaziran. Awasilah apa yang akan disuap ke mulut, kerana ia akan menjadi darah daging, peliharakan ia agar hati tidak menjadi keras dan akhirnya menghilangkan kelazatan ibadah.

Kesempatan yang ada ini, sukalah saya menyatakan yang Persatuan PLPDT bukan lah sekadar menghimpunkan ahli semata-mata, akan tetapi ia juga menjaga syakhsyiah Ahli dari segi Akhlah, Aurat, Pendidikan Agama dan Akademik. Ini kerana pentadbiyahan daripada Madrasah bukan saja selesai selepas darjah 5 akan tetapi berkekalan hingga akhirnya yang dipertanggungjawabkan oleh Persatuan.

Kerana itulah penting bagi kita, berjumpa (dengan program-program yang dijalankan) dan membanci ahli-ahli diserata tempat bagi melaksanakan tugas yang telah diamanahkan ini sebaik mungkin.

Maka di kesempatan ini saya menyeru kepada ahli-ahli sekelian, agar memberikan sokongan dan kerjasama dengan menghadiri Program-program yang diadakan oleh Persatuan dan membantu dari segi kewangan agar dapat kita melaksakan Program dengan lebih lancar lagi dan kita sama-sama menjaga diri dari melakukan dosa dan maksiat kepada Allah.

Sekian, Wassamualaikum warahmatullah


Selamat Melaksanakan Ibadah Ramadhan dan memburu Lailatul qadar.


Mohd Shahril Mohd Alim
Presiden PLPDT
2009-2010

Jumaat, 28 Ogos 2009

Selamat Menghayati Ramadhan - PLPDT

0 ulasan
PLPDT mengucapkan selamat menghayati Ramadhan al-Mubarak kepada semua ahli dan umat Islam seluruh dunia. Keahlian PLPDT secara tidak rasmi pastinya melebihi rubuan pelajar yang kini sedang menduduki institusi pengajian tinggi di dalam atau di luar negara.

Jumlah keahlian yang ramai meliputi ahli yang telah menamatkan pengajian, mempunyai pekerjaan dan terlibat dengan mana-mana gerakan dakwah tanah air pastinya memberikan markah yang cukup tinggi seandainya penyertaan ini dapat dikutip kesemuanya menjadi sebuah jentera amal dalam meningkatkan kesedaran dan membentuk masyarakat harmoni 'mesra islami'.



Sepanjang Ramadhan berlangsung pastinya peluang dan ganjaran yang disediakan Allah amat besar nilanya buat insan yang bernafas dalam jiwa hamba. Justeru, PLPDT mengajak semua ahli untuk sama-sama menghayati Ramadhan ini dengan meningkatkan kualiti amal ke tahap paling tinggi sebagai tanda syukur di atas segala pemberian nikmat yang diberi Allah sepanjang kehidupan.

Amal ibadah yang berterusan di samping kebajikan yang dihulurkan melazatkan lagi kemanisan iman sebagai hamba-Nya yang cintakan Islam sebagai agama wahyu. Gandaan amalan ini adalah benteng diri dari melakukan keburukan dan jelmaan kebaikan mampu menjana modal insan bertaqwa.

Selamat mengerjakan ibadah, teruskan mengikuti sebarang perkembangan PLPDT melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh badan induk PLPDT mahupun Biro-biro di bawah PLPDT.

Tingkatkan amal dalam memburu 'Lailatul Qadr'. Selamat beramal.

Kenangan 22 Pasukan Futsal

0 ulasan
Kejohanan Futsal Piala Mudir 2009 meninggalkan kenangan manis buat semua pasukan yang menyertai perlawanan ini. Berikut adalah senarai nama pasukan yang menyertai perlawanan Kejohanan Futsal Piala Mudir 2009:-

1- KUDQI JR
2- K.A.Y
3- BUKIT TOK BENG
4- NOSTALGIA SIX STONE



5- PEJUANG PAS
6- PASAR UNITED
7- H @ K. FC
8- AL-AMIN (B)
9- SOGO
10- WAANER GITU BT6 FC
11- BULUH KUNING
12- SABUT NYIOR (B)
13- BRIDGET AL-QASSAM
14- MEE GORENG UDANG
15- MANSUHKAN ISA
16- BEAN FC
17- AL-MADINI
18- PASIR PUTEH FC
19- SET BOLOK FC
20- AL-JIHAD FC
21- ROHOK BT6
22- ASY-SYAKIRIN FC

Pelajari Corak Permainan - Bean FC

0 ulasan
Peserta remaja termuda Bean FC melahirkan rasa gembira dengan perlawanan yang dianjurkan PLPDT. Ketua pasukan Bean FC Hafizuddin Shamsul Bahri ketika ditemui memetik sebagai berkata, perlawanan futsal yang diadakan ini memberikan banyak pendedahan kepada pasukannya untuk beraksi dengan lebih baik bagi mengikuti sebarang perlawanan yang akan diadakan pada masa akan datang.

"walaupun pasukan kami tidak mampu untuk menyaingi skill perlawanan abang-abang yang lebih senior, namun kami berpuas hati dengan pendedahan corak perlawanan yang amat berguna buat pasukan kami"



Bean FC merupakan pelajar Ma'ahad Darul Quran (MDQ) tewas kepada pasukan Bridget al-Qassam 0-5 pada pusingan ke-2 Kejohanan Futsal Piala Mudir 2009.

'Mee Goreng Udang' Muncul Juara Futsal

0 ulasan
Biro Sukan, Kebudayaan & Kesenian PLPDT telah menganjurkan Kehohanan Futsal Piala Mudir Darul Taqwa pada 21 Ogos bertempat di Padang Futsal Tok Jembal.

Pengarah kejohanan ini Ustaz Abdul Rahman Awang ketika ditemui berkata, kejohanan ini amat penting bagi PLPDT kerana melalui aktiviti seumpama inilah PLPDT dapat melihat penyertaan sebenar ahli PLPDT khususnya ahli yang telah melepasi alam pengajian. Beliau turut menjelaskan aktiviti ini juga berjaya menarik ramai ahli PLPDT yang datang dari pelbagai kawasan.



Presiden PLPDT Ustaz Shahril Alim turut bersetuju dengan penyertaan ahli kali ini membuktikan PLPDT masih ada tempat di hati ahli, bahkan aktiviti ini juga dapat meningkatkan jalinan ukhuwwah sesama Islam.

Turut hadir menyaksikn perlawanan ini Ustaz Azhar Rajab, sambil memberi sokongan kepada para pemain yang terdiri daripada lepasan pelajar Madrasah Darul Taqwa dan pasukan lain yang menyertai kehohanan ini.

Jumlah penyertaan pemain ke dalam kejohanan ini amat memberangsangkan, difahamkan Biro Sukan, Kebudayaan & Kesenian telah membuat tapisan dengan mengambil kira pendaftaran awal bagi setiap pasukan ekoran permintaan penyertaan yang begitu tinggi melibatkan 22 pasukan.

Kejohahanan Futsal yang diadakan selama sehari ini menyaksikan perlawanan sengit bagi meraih kejuaraan Futsal Piala Mudir 2009. Rata-rata pemain memberikan persembahan menarik sepanjang perlawanan diadakan, ia terbukti melalui komitmen yang diberi peserta dari awal pagi hingga ke petang menjelang perlawanan akhir kejohanan futsal.

Juara kejohanan Futsal Piala Mudir 2009 telah dimenangi oleh pasukan Mee Goreng Udang dengan memberikan serangan padu ke atas pasukan Bridget al-Qassam 3-1. Setelah berhempas pulas mencari gol kemenangan, akhirnya Bridget al-Qassam berpuas hati dengan memenangi tempat kedua mewakili kumpulan B.

Pasukan Sabut Nyior (B) membuktikan kupayaan dengan jaringan 3-2 ke atas pasukan KUDQI JR. Masing-masing memenangi tempat ketiga dan keempat dalam kejohahanan tersebut.

Perlawanan ini turut diserikan dengan penyertaan Bekas Pemain Kebangsaan Tengku Alias Tengku Ibrahim. (Gambar)

Rabu, 19 Ogos 2009

Selamat Pulang ke Tanah Air

0 ulasan
PLPDT mengalu-alukan kepulangan ahli PLPDT yang juga telah banyak menyumbangkan tenaga untuk persatuan ini iaitu saudara Abdul Alim Zakaria. Beliau merupakan pelajar dari Shoubra, Mesir telah dimaklumkan oleh abangnya saudara Suhail Zakaria mengenai kepulangannya ke tanah air.



PLPDT berharap, penyertaan kembali saudara Abdul Alim Zakaria dapat membantu meningkatkan kembali perjalanan PLPDT sebagai sebuah organisasi yang mengumpul dan menyediakan pelbagai aktiviti untuk ahli.

Tahniah diucapkan kepada saudara Abdul Alim, semoga kepulangan ini lebih bermakna buat perjuangan Islam di tanai air.

Selasa, 11 Ogos 2009

MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN

4 ulasan
Biro Sukan dan Kebudayaan
Persatuan Lepasan Pelajar Darul Taqwa
Pekan Batu Enam,Jln Kelantan
21200 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh,

…………………………………..
…………………………………..
…………………………………..

Tuan/Puan,

MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN

Merujuk perkara diatas,kami dari biro sukan dan kebudayaan akan
menganjurkan satu Kejohanan Futsal Piala Mudir darul Taqwa dalam usaha untuk mengumpul kembali pelajar lepasan darul taqwa dan mengeratkan lagi silaturrahim dikalangan ahli,



Sehubungan dengan itu kami ingin memohon sumbangan ikhlas dari pihak
tuan/puan untuk melancarkan lagi perjalanan program tersebut,

Bersama ini juga kami sertakan salinan anggaran kewangan kejohanan
futsal piala mudir.

Harapan kami semoga permohonan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya
dari pihak tuan/puan.Kerjasama dan jasa baik tuan/puan dalam perkara ini
amatlah kami hargai dan sanjungi.

Sekian, terima kasih



Yang benar,



(MOHD MAHYUDDIN BIN YUSUF)
Setiausaha,
Kejohanan Futsal Piala Mudir
Persatuan Lepasan Pelajar Darul Taqwa
Sesi 2009
s/k : Presiden PLPDT
Pengarah Program


......................................................................................


ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH

1. URUSAN SETIAUSAHA RM 50.00

2. PERHUBUNGAN RM 100.00

3. CENDERAHATI RM 700.00

4. PADANG BOLA RM 600.00

5. BANNER RM 100.00

6. PERBEKALAN RM 100.00

7. TUGAS-TUGAS KHAS RM 100.00

8. PENGAWASAN RM 150.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 1900.00

Isnin, 10 Ogos 2009

Tazkirah Sebelum Perlawanan Futsal

0 ulasan
Kehangatan Kejohanan Futsal Piala Mudir semakin terasa. Unit Penerangan PLPDT cuba mendapatkan perkembangan terbaru berhubung persiapan akhir menjelang kejohanan yang bakal diadakan sehari sebelum Ramadhan. Unit Penerangan PLPDT difahamkan sebuah slot tazkirah akan diadakan sebelum perlawanan tersebut.



Menurut jawatankuasa penganjur Abdul Rahman Awang, sebuah slot tazkirah akan diisi oleh Presiden PLPDT sendiri iaitu Ustaz Shahril Alim sebagai pengisian ilmiah sebelum perlawanan bermula.

Menurutnya lagi, kerjasama yang diberikan oleh guru-guru Darul Taqwa juga amat memberangsangkan termasuk Mudir Ustas Muhammad Yaakob (gambar).

Manakala pengumuman dan edaran borang serta iklan perlawanan telah menemui sebahagian besar ahli PLPDT. Kepada ahli-ahli PLPDT yang masih belum berdaftar, bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi wakil urusetia sepertimana nama-nama yang tertera pada poster iklan di atas.

Ahad, 9 Ogos 2009

Kejohanan Futsal Piala Mudir '09

0 ulasan
Persatuan Lepasan Pelajar Darul Taqwa (PLPDT) melalui Biro Sukan, Kesenian & Kebudayaan akan menganjurkan Kejohanan Futsal Piala Mudir yang akan diadakan pada 21 Ogos ini.
Perlawanan yang akan bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang ini dijangka mendapat sambutan menggalakan dari kalangan peserta.



Seorang peserta yang bakal menyertai perlawanan ini, Amirluddin Yusof ketika dihubungi menyatakan hasrat penyertaannya ke dalam Kejohanan Futsal ini adalah untuk meningkatkan lagi talian persaudaraan di kalangan sahabat. Beliau turut menjelaskan penganjuran aktiviti sihat seumpama ini sememangnya menjadi tumpuan ramai terutama di kalangan pemuda khususnya lepasan pelajar Darul Taqwa.

Perlawanan ini akan diadakan di Futsal Jembal berhampiran UMT. Para peserta boleh menghubungi wakil PLPDT untuk mendaftar dan mendapatkan sebarang maklumat program seperti nma-nama yang tertera pada iklan perlawanan di atas.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 17 Ogos 2009.

 

@PLPDT 2009/2010 | Semua Hakcipta Adalah Terpelihara | Dikelolakan Oleh Editorial Blog Dengan Kerjasama Urusetia Penerangan PLPDT