Tempahan Iklan (Lihat Size)

Tempahan Iklan (Lihat Size)

Jumaat, 27 Mac 2009

PEMBENTUKAN KELAB USAHAWAN

0 ulasan
BATU ENAM 28 MAC 2009 (Buletin Plpdt) - Biro Kewangan dan Usahawan PLPDT, Ustaz Ibrahim Haji Harun telah mengadakan perjumpaan dengan Pengurus Syarikat dNur Optometris Saudara Mohd Abdul Hadi Bin Dagang dan disaksikan oleh Presiden PLPDT sendiri iaitu Ustaz Mohd Shahril Bin Mohd Alim di Bilik Mesyuarat dNur Optometris pada pukul 10.00 pagi semalam. Majlis itu yang dipengerusikan sendiri oleh Pengerusi Biro Kewangan dan usahawan, Ustaz Ibrahim Bin Haji Harun. Ustaz Ibrahim Bin Haji Harun menceritakan serba sedikit tentang keutamaan mengwujudkan kelab usahawan bagi membantu PLPDT khasnya dan Madrasah Dar Attaqwa Amnya dari segi kewangan. Pengerusi Biro banyak menekankan tentang perjalanan dan tugas-tugas yang akan dijalankan oleh Kelab Ini dan perlunya melantik seorang ketua yang beribawa untuk menerajui Kelab Usahawan PLPDT yang dibawah jagaan Biro Kewangan dan Usahawan. Pada pagi itu juga, banyak cadangan-cadangan individu yang dirasakan layak untuk menerajui Kelab ini akan tetapi selepas kata sepakat di terima, Hanya seorang sahaja yang layak menerajui Kelab ini.


Ahli mesyuarat sepakat bersetuju melantik Pengurus Syarikat dNur Optimetris selaku Ketua Kelab Usahawan PLPDT yang pertama. Perlantikan ini dibuat berdasarkan komitmen yang telah ditunjukkan oleh saudara mohd Abdul Hadi sebelum ini dan berpandukan pengalaman beliau yang sentiasa menjadi tulang belakang kepada persatuan dan kebiasaannya dalam pengurusan persatuan ini yang berusia hampir dua abad ini.
Beliau berjanji akan memberi sepenuh perhatian dalam kadar kemampuan untuk merialisasikan impian PLPDT untuk menjadi tulang belakang Madrasah Darattaqwa yang disebut-sebut oleh orang kampung sebagai Pusat Tarbiyyah yang terulung di Kuala Nerus ini.



Dalam masa yang sama banyak Plan Ekonomi yang dibentangkan oleh Pengerusi Biro Kewangan dan Usahawan untuk dilaksanakan dalam masa yang terdekat ini selepas mendapat perkenan Penasihat PLPDT iaitu AlFadhil Ustaz Azhar Rejab yang bersama untuk memajukan ekonomi Persatuan ini.

Selepas 2 jam mengadakan perbincangan secara terperinci. Majlis itu berkesudahan tepat jam 12.00 tengah hari dan ditutup oleh Pengerusi Biro dengan Surat Wal asyh dan Tasbih Kaffarah. - Unit Penerangan PLPDT

Comments

0 comments to "PEMBENTUKAN KELAB USAHAWAN"

Catat Ulasan

 

@PLPDT 2009/2010 | Semua Hakcipta Adalah Terpelihara | Dikelolakan Oleh Editorial Blog Dengan Kerjasama Urusetia Penerangan PLPDT