Tempahan Iklan (Lihat Size)

Tempahan Iklan (Lihat Size)

Jumaat, 20 Mac 2009

LAWATAN MUHIBBAH

0 ulasan
WAKAF TENGAH 19 MAC 09 (Buletin PLPDT) : Buat pertama kalinya hubungan rasmi diwujudkan oleh PERSATUAN LEPASAN PELAJAR DARUL TAQWA (PLPDT) dengan PERSATUAN PELAJAR LEPASAN DARUL IHSAN (PPLDI) di Pusat Tarbiyyah Wakaf Tengah.

Peluang itu diambil oleh PLPDT bagi mengwujudkan ukhuwwah diantara Dar-dar yang telah dimulakan oleh pihak Madrasah yang bertujuan menyatukan sekolah Agama Rakyat (Dar-dar) dibawah satu rumpun yang melambangkan keakraban dan penyatuan fikrah dalam merialisasikan asas penubuhan Madrasah iaitu bersatu mentarbiyyah masyarakat.

Kunjungan itu diketuai oleh Presiden PLPDT yang diiringi oleh Timbalan Presiden iaitu Ustaz Khairi Yunuf, Pengerusi Biro Penerangan, Multimedia dan Inovasi iaitu Ustaz Wan mohd Nasiruddin dan Timbalan Pengerusi 1 Biro Kebudayaan, sukan dan Kesenian iaitu Ustaz Amirluddin bin Yusuf yang disambut oleh Presiden PPLDI iaitu Mujahid dan Setiausaha PPLDI

Majlis itu berlangsung selama satu jam yang banyak menekankan tentang pengenalan dan modus operandi persatuan masing-masing. Presiden PLPDT memberi jaminan untuk memberi tunjuk ajar dan pengalaman yang ada kepada PPLDI. Harapan Presiden PLPDT, semoga hubungan ini dapat menguatkan lagi usaha mendidik ahli Persatuan masing-masing agar menjaga akhlak dan nama baik Madrasah. Dalam Masa yang sama menjadi contoh pada masyarat umum.
-Unit Penerangan PLPDT

Comments

0 comments to "LAWATAN MUHIBBAH"

Catat Ulasan

 

@PLPDT 2009/2010 | Semua Hakcipta Adalah Terpelihara | Dikelolakan Oleh Editorial Blog Dengan Kerjasama Urusetia Penerangan PLPDT